Thursday, January 7, 2010

Kisah Tandatangan Dan Cop Jari

foto tandatangan

aku sejak kecil lagi memang ada masalah nak SIGN atau TANDATANGAN. aku ingat lagi, masa kecil2 dulu, kawan2 aku kat sek keb masai semua sibuk lawan sign siapa paling cantik. macam2 bentuk sign member2 aku buat. dorang senang2 je reka sign yang cantik. ada yang bentuk love, jawi, berbunga2 dan lain2 lagi. yang aku pelik, dorang ni setiap kali reka sign baru, bila diulang lagi sign tu masih sama bentuknya. tu yang aku bengang kat dorang ni. yang aku ni bila sign je, dah la asyik tak sama je, pastu bentuk entah apa2 pulak tu. senang cerita, sign aku tu boleh dikatakan antara yang terserabai la. hehe.

temper punya pasal, aku minta tolong kat akak aku. aku suruh dia rekakan sign yang cun untuk aku. nak kasi jeles kat kawan2 aku. disebabkan nama aku agak unik dan spesial, akak aku senang2 je rekakan sign yang cun. macam2 style dia buatkan untuk aku. tapi aku pulak yang problem nak tiru sign yang dia reka. setiap kali buat, mesti tak sama. orang lain sign tutup mata pun selamba je. confirm sama punya. yang aku ni, dah buka mata besar2 pun, bila sign mesti tak sama. menyampah betul aku. hehe.



aku lagi suka kalau cap jari je dalam apa-apa urusan. tapi sekarang ni hampir semua urusan atau borang memerlukan tandatangan. buat buku bank ke, pasport ke, beli kereta ke, beli rumah ke, pendek cerita, semua nak tandatangan. tu yang aku menyampah tu. walaupun ada sesetengah urusan tu masih guna cop jari, tapi tandatangan pun dia nak juga. contohnya masa buat pasport. siap suruh tekan kuat2 lagi bila nak sign. aku kalau bab suruh tekan ni, memang alamatnya jahanam la sign aku. hehe. tapi biasanya aku pakai belasah je. lantak la sama ke tak, yang penting aku dah sign. kalau dorang tanya, "apsal sign awak tak sama?" aku akan jawab "sape suruh aku sign? cop jari kan senang." hehe.

penah satu masa dulu, aku nak matikan akaun kat public bank. kalau aku tak matikan, duit dalam tu kira burn sebab akaun aku dah lama tak aktif. bila dia bagi surat kat umah, aku terus la pergi ke bank tu nak matikan akaun terus. yang macam celakanya, dia suruh aku sign kat borang tu. aku dah cakap awal2 kat staf tu yang aku nak cop jari je. tapi dia nak aku sign juga. jadi aku sign la. sampai penuh borang tu aku aku kerjakan sebab nak samakan dengan sign yang aku buat masa mula2 buat akaun dulu. celaka punya staf public bank tu. dah tau sign aku tak boleh nak sama, bagi je la duit aku tu. kan dah ada ic dan cop jari. sial tul. bila dia dah boring tengok aku sign asyik tak sama je, baru dia cakap tak yah sign. kan celaka namanya tu. macam berjuta pulak duit aku kat situ. 4 ratus lebih je. kalau 10 ringgit, aku halalkan aje. disebabkan beratus2, aku keluarkan juga la. sayang nak derma tak ikhlas kat kerajaan yang tak mesra rakyat ni. baik aku derma kat tempat lain, lagi puas hati.

sekarang aku tengah runsing ni, camne nak sign masa nak nikah nanti. kang tak sama lagi. aku plan nak bawa stamp pad masa nak nikah nanti. bila dia suruh sign, aku terus cop jari je. hehe. boleh tak macamtu?? ^_^

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




4 comments:

ezzati said...

sign melambangkan peribadi org..cehhh..

mat skodengsaid...

aiseh, takkan sign pun susah bro. hehe

mysara said...

haha...lawak ah awk nih, sign je la..pe susah..letak f sudah...nanti isteri pn leh sign same, ;-p

CikFaten said...

Sama la masalah kite ney ye bro.. Time beli kete dulu.. Nak nanges jgk la dibuatnya.. Huhu~ Konfem tak leh nak sama~ Tgn terus jdi keras.. Byk pulak nk kene sign~ :p

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise