Thursday, March 5, 2009

Sosial mengundang padah!!

http://www.commitment.es/mba2008/wp-content/uploads/2006/12/fabulous%20social%20life.PNG



Wajarkah seorang gadis yang sudah hendak mendirikan rumahtangga tak lama lagi tapi masih keluar berdua dengan kawan lelaki tanpa memberitahu kepada bakal suaminya? Apa jua alasan yang diberikan tetap tak boleh diterimapakai. Tindakan seperti itu tak ubah seperti mahu membunuh diri sendiri. Oleh kerana keseronokan sementara yang dikejar, padah berpanjangan yang diterima.

Sebagai gadis, tak seharusnya kehulur ke hilir dengan lelaki yang bukan ada apa-apa hubungan dengan dirinya. Kemana hilangnya maruah diri jika berperilaku sedemikian rupa. Berkawan pun ada batasnya. Jangan jadikan kawan sebagai tiket sah untuk berbuat sesukanya. Almaklum sajalah, lelaki ni berbunga-bunga hatinya bila keluar dengan perempuan. Apalagi jika perempuan tu cantik cun melecun. Pada mulanya memang sekadar kawan, tapi tak semua lelaki yang boleh berbuat begitu. Pada kebiasaannya lelaki akan mudah jatuh hati pada perempuan yang cantik. Mungkin si perempuan tu hanya anggap sekadar kawan tapi tidak pada lelaki. Apabila sudah jatuh hati, nanti timbul pula hasrat lain. Nak berpegangan tangan lah,itu lah,ini lah. Selepas itu? Sendiri mau ingatlah.

Dah lumrah lelaki tarikannya pada perempuan. Lelaki ada tabiat yang hampir serupa. Tidak kiralah samada yang masih bercinta atau yang sudah berkahwin iaitu suka akan perempuan lain tapi dalam masa sama tak suka pasangannya diganggu lelaki lain. Tapi tak semua begitu. Ramai lagi yang setia pada yang satu. itu semua normal. Tapi bagaimana pula jika lelaki yang setia tetapi pasangannya pula yang berlaku curang? Lelaki itu menjaga diri sebaik mungkin akan tetapi bakal isterinya berpeleseran dengan lelaki lain secara senyap-senyap. Perempuan jenis apakah itu? Tiada hati dan perasaan kah? Tidak rasa bersalahkah berbuat sebegitu? Adakah sudah tiada lagi malu dalam diri sehingga sanggup berbuat sebegitu?

Memang benar,zaman kini semakin mencabar. Tekanan kerja kadangkala memberi tertekan yang sukar ditepis. Tapi keluar dengan lelaki lain yang dianggap kawan sebagai cara untuk melepaskan tekanan adalah merupakan tindakan yang kurang bijak. Itu mengundang padah namanya. Apa tidaknya, syaitan gemar akan situasi sebegitu. Malah masyarakat setempat pun akan pandang negatif keatas orang sebegitu. Tapi yang menghairankan, mereka menganggap segala perbuatan mereka itu adalah betul selagi tidak melakukan perkara yang tak sepatutnya. Lupakah dia bahawa dalam agama melarang akan perbuatan sebegitu.

Kini budaya bersosial sudah semakin parah. Perkara-perkara yang ditegah sudah dianggap seperti perkara yang biasa. Sudah tiada lagi rasa malu untuk berbuat perkara yang dilarang. Malah berbangga dengan budaya bersosial tersebut. Orang yang menentang budaya berkenaan akan di cop sebagai golongan yang kolot. Mengapa sebegitu dahsyat cara pemikiran anak-anak muda sekarang ini? Sama-samalah kita fikirkan…

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




18 comments:

sheikh teluk intan said...

Salam Fajridil,

Masalah sosial memang memeningkan. Ibu bapa sekarang ini lebih peka terhadap pencapaian akademik dari mendidik dan menunjukkan model ibu bapa muslim yang unggul. Anak-anak disuruh belajar agama, tapi balik rumah mereka lihat amalan agama tidak ada. Ibu bapa menyandar tengok TV dan tidak solat bila masuk waktu.

Selain itu, kerajaan membuka ruang selebar-lebarnya untuk berhibur dan entah apa apa lagi untuk memudahkan anak-anak muda ini terjemak dalam gejala sosial.

Dan ulamak dan ustaz hanya menunggu di Masjid atau di surau memberi kuliah. Sepatutnya mereka turun mencari dan menasihati anak-anak muda di tempat yang mereka selalu kunjungi.

Oleh itu, masalah sosial semakin complicated dan sukar untuk diselesaikan.

miezayahayasaid...

Bende ni aku dah komen sblm ko tulis lagi...huhuhuu...pada aku la...malu la sebagai bakal suami kalau bakal isteri die buat mcm tu...nnt kalau dah kawen boleh ker terima apa yg die dah buat...tak trebayang ker apa yg di buat, ape yg di bual, sbb kite tak nmpk, itula yg dikatakan 'bawa padah'...boleh menimbulkan fitnah...pada aku...tak kira laki ker pompuan ke..msti nk kne setia, baru la boleh percaya...kalau dah sesuka ati nk buat apa...mcm mana kite nk letak kan kepercayaan kat die...yang pastinya, aku mmg PANTANG lau ada spesis mcm ni kat muka bumi ni...SPESIS TAK TAU MALU...n tak reti nk jaga air muka org lain

Anonymoussaid...

hhhmmm....kalau budak tu ingat dia nak hidup lg 300 thn...boleh la dia buat mcm tu...sbb dia tau bile dia nk mati....so?bersosial la sesuka hati....

tp kalau dia tak tau biler dia nk mati,atleast pikir la panjang skit...AH!!MALAS LA AKU NK KOMEN PANJANG2...CUMA AKU NK CKP DIA MMG BODOH LA SBB DH ADA ORG NK JAGA DIA DUNIA AKHIRAT PUN DIA XNK....BODOH SAMPAI KE TONGKENG NAMANYER....

Anonymoussaid...

kepada bakal isteri..
jgn sesekalli cerita kan kepada suami anda masa lampau anda yg anda rase sukar untuuk di terima..itu dosa kite dgn ALLAH s.w.t..begitu juga si suami..
berkahwin untuk memulakan hidup br..dan kite kene ingt sebelom menunding jari pd sesiape..jodoh kite reflect diri kite sendiri..tiada siapa yg perfect..so..dr dok mengamuk2 kat bini sbb ape yg die wat..baik kite bimbing die jd wanita yg solehah..itu lebih bagus..

zairysaid...

en fajridil..

zaman sekarang nih mmg dah sukar nak dpt ppuan yg mcm dulu. ppuan skrgni dah moden. dah susah nak dgr ckp laki.mereka rasa mereka lebih hebat.sbbtu jd mcm skrgni.tp percayalah,jika ditakdirkan dapat ppuan sebegitu, pasti ada hikmahnya. mgkin itu sbg cara nak mguji tahap kesabaran kita dlm mhadapi ujian drpd-Nya..sabar membawa berkah..

skylinesaid...

kalau tak bleh terima. knape si bakal suaminye masih terhegeh lagi nak ke perempuan camtu. sape yg bodoh sekarang. sendiri mau ingat lah.

rusdysaid...

pompuan tu kemungkinan besar kurang didikan agama. jika tidak pun, dalam dirinya sendiri tiada keimanan. oleh sebab itu dirinya seperti tiada rasa bersalah untuk melakukan perkara-perkara yang ditegah malah kemungkinan besar akan membantah sekiranya ada yang menegur perbuatannya. itulah pompuan masa kini.

Anonymoussaid...

lelaki pun lebey kurang same...
same2 manusia lemah jgn asyik nk tuduh pompuan..
bak kate skyline..kalo da tau pangai pompuan tu mcm itu npe terhegeh2 nk jugak..perempuan x kan jd begini kalo lelaki x involve same..so jgn nk tuduh kaum hawa je..

deansaid...

betul kata skyline & anonnymous 10:08..kalau dah pompuan tak senonoh macamtu, watpe nak terhegeh2 lagi? kan buang boreh aje namanya..tapi kalau ada niat nak ubah pompuan tu,tak salah terima asalkan pompuan tu berjanji nak berubah dengan sungguh2..kalau tak,baik cari je pompuan lain..

sepatumerah said...

Well, orang kater things happen for a reason....Boleh jadi ada 1001 sebab kenapa jadi macam tu.

1. Percayalah pada konsep perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Kalau dia buat macam tu, kena tengok diri sendiri balik. Diri sendiri dah cukup baikkah? Mungkin kita pun ada terlanjur buat perkara yang sama tapi tak perasan dan tak mengaku. Biasalah, salah sendiri saper nak ngaku kan?

2. Kaji diri sendiri. Mungkin diri sendiri yang salah. Tak cukup faham pasangan. Mungkin terlalu mengongkong, mendesak. Atau jiwa sengal tak sudah. Blur barangkali, x cukup sensitif dengan dirinya. Atau apa saja.... Sudahnya, keluar lah dengan orang lain yang lebih berpengertian. Salah siapa sebenarnya?

3. Tengok keadaan. Kadangkala ada hal2 mendesak yang memerlukan dia keluar dengan teman yang lain. Mungkin ada hal kecemasan, tapi tak dapat nak bagitau sebab dia keluar dengan lelaki yang paling dibenci oleh pasangannya. Kalau bagitau kang, lebam plak mata. Mungkin nak buat suprise party untuk pasangan, jadiknya takkan nak bagitau keluar dengan orang lain... Kate suprise...Ye dok? Ni antara contoh. Nampak remeh, tapi percayalah... Ini berlaku.

4. Saja nak tambah perasa dalam hubungan. Hubungan kalau steady je pun x best gak kan? Saja bagi retak2, kasi gegar2 sket hubungan. Lepas dah harung segala bagai babak dalam slot Samarinda, cerekarama, drama sebabak, segabak dan segebadak akhirnya barulah sedar yang cinta tu lah yang sejati. Kenalah berbalik pada konsep 'Kalau dah jodoh tak ke mana' tu....

5. Dah memang spesies tak tahu setia pada yang satu. Rambang mata. Masa ni refer balik lah pada konsep perempuan baik untuk lelaki yang baik. Dah tahu ada pasangan macam ni, blah je lah.... Bila Tuhan ambil satu2 perkara dari kita, percaya lah...akan diganti dengan perkara yang lebih baik. InsyaAllah....

Paksa2 lagi aku ngomen...Hamik kau! Komen lagi panjang dari entri asal, aper cer?

Anonymoussaid...

walaweyh..entry kali ni gile controversial..haha

joey86said...

perempuan sekarang baik didepan menyundal dibelakang. penuh dengan kepura-puraan.

sabiqahAnuar said...

wah panas topic ni, erms lama dah tak komen kat blog en.Faj ni...

erms semua ada pendapat masing2, tp bagi sy , it's depends- tgk keadaan, do agree as sepatumerah said before, so lelaki sebelum nak tuduh ape2 kena laa selidik dlu napa prmpuan dia keluar gn lelaki lain- mgkin sb tugas, mgkin sb keadaan yg memaksa, tp mmg tak patut laa just keluar nak bersuka ria nak bagi laki tu jeles, hehe..n laki pon kena cermin diri jugak, dia tak kelua ke ngn perempuan lain?? kan manusia itu dicipta berpasang2an- lelaki yg baik dgn prmpuan yg baik, vice versa, itu sudah janji Allah, tp klu kita rasa kita da cukup setia dan pasangan kita curang juga- tu ujian dari Allah, Allah takkan menguji hambanya yg Dia rasa takmampu nk terima ujian tersebut, mgkin Allah suh kita muhasabah diri ke ape ke, wallahu'alam. tp yang penting klu berpasangan ni adalah fahami dan toleransi- semua perkara patutnya boleh berbincang elok2, insyaAllah..

missmysarasaid...

wow,hot betol sume comment2 kt sini..huhu...tepukla dada tanya selera..

Anonymoussaid...

En Faj....

There are some reasons why the thing happens...Allah jdikan sesuatu pun ade reasons/hikmahnye kan....

Anyhow sy agreed; pasangan kite adalah reflex kite...so kalo kite sendiri ade silap may be tuhan nk tunjukkan kat kite yg kehidupan ni bkn kite yg punye...so insaf la..huhuuhuhu TAZKIRAH ari ni...

May be terasa tertipu tu xslh..sorry to say tp jgn smpi perasaan tu jd dendam plak..xpepsl dpt dosa lain..

TQ...(xde pape nk komen da)

Anonymoussaid...

women is very cheap!!

nard elainy said...

not every women is cheap!

nard elainy said...

erm..i know dat story..n i dh bg comment n suggestion pn..terpulangla pd lelaki tu nk menilai camne..if pmpuan tu bakal bini dia, tentula dia dh masak dgn perangai pmpuan tu..da choice is urs..wether to find happiness or to ruin ur life..uhuhu..

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise