Tuesday, March 17, 2009

melayu vs english



Kepala aku agak sakit pagi ni. Mungkin sebab kurang rehat. Tapi aku jadi lupa tentang sakit di kepala bila baca harakah hari ini tentang apa yang diperkatakan oleh Dato’ A.Samad Said. Beliau mencabar pemimpin umno berkempen menggunakan bahasa inggeris dalam pilihanraya kecil tak lama lagi. Aku secara peribadi memang sependapat dengan pak samad. Mana tak nya, pemimpin umno ni seboleh-boleh nak mempertahankan bahasa inggeris dalam pembelajaran sains dan matematik. Apa yang dibanggakan sangat pun aku tak tahu. Aku yakin, masih ramai pemimpin umno yang tak mampu berbahasa inggeris dengan baik. Jadi kalau nak guna sangat bahasa tu, cubalah berkempen guna bahasa kebanggaan tu. Jangan pandai nak suruh je tapi diri sendiri tak mampu nak buat.

Sebagai rakyat Malaysia, sewajarnya bahasa ibunda dipertahankan. Bukannya semakin diasing atau di anaktirikan. Pemimpin umno sekarang ini seperti terikut-ikut budaya barat. Bukan hanya dari segi bahasa, malah dari pelbagai aspek lagi. Contohnya, dari segi cara hidup, berpakaian, pergaulan dan juga kehidupan seharian. Maka tidak hairan lah mengapa di kaca tv sekarang ni dipenuhi dengan program ala-ala kebaratan. Masalah sosial pun semakin hari semakin membimbangkan. Tapi itu semua tidak penting bagi pemimpin umno. Malah mereka semua gembira ria melihat keadaan itu. Apa tidaknya, dalam agama hadhari ciptaan mereka, semua apa pun boleh. Sebab itu mereka bertindak sesuka hati. Letupkan orang pun boleh. Apa yang tak boleh? Semuanya boleh bagi umno.

Berbalik kepada isu bahasa, sewajarnya pihak kerajaan tidak mengikut penilaian mereka sendiri. Sudah terang-terangan ramai yang membantah sehingga cerdik pandai bahasa pun turut sama membantah. Namun seperti biasa, pihak kerajaan tetap dengan kepala batunya dimana enggan mendengar keluhan rakyat. bila berkempen, bukan main manis lagi kata-kata yang keluar. Dengar keluhan rakyat lah, turut sama bersama rakyat lah, sudi membantu rakyatlah, itu lah, ini lah. Tapi apa yang mereka buat? Janji politik semata-mata.

Kepada pemimpin-pemimpin umno di luar sana. Sudah-sudahlah tu lakonan anda semua untuk memartabatkan bangsa melayu, mendaulatkan raja dan sebagainya. Anda semua cakap tak serupa bikin. Memartabatkan apa ke jadahnya jika bahasa sendiri pun anda perlekehkan. Bukan anak melayu la jika ada pemimpin-pemimpin seperti anda semua.. Bak kata Gobind Singh “you should be ashamed of yourself”.





MUAT TURUN MP3 PERCUMA

↑ Grab this Headline Animator



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




12 comments:

[S]itie [B]Um [B]Um said...

slm..

sheikh teluk intan said...

Salam Fajridil,

Pak Sheikh jawab wa'ailaikumsalam terhadap catatan fajridil dekat shout box pak sheikh. Kat kotak tu rasanya tak puas nak berbual dengan fajridil.

Entri fajridil hari ini bagus. dua atau tiga minggu lepas Pak Sheikh salin dan tampal posting Fajridil kat blog Pak Sheikh. Ramai yang menjenguk membacanya dan klik pada blog Fajridil.

Teruskan menulis, wahai anak muda!!

Anonymoussaid...

umno memang penghancur bangsa!!!

fajridil adha said...

sitie bum bum -->> salam juga ^_*

tuan sheikh -->> terima kasih diatas pujian tersebut. jadi malu saya dibuatnya. hehe :)

joey86 -->> betul tu. tapi mereka tu semua mmg muka tak tau malu.

anon -->> tepat sekali!!

zakisaid...

Aku rasa PKR penghancur bangsa, penipu besar..

dan pas susah kene tipu..

menolak melayu di Malaysia ni ibarat menolak Islam..

fikir2kan lah..
anda bersekongkol dengan DAP yang jelas memolak Islam..JELAS..

Kira bertaubatlah

Anonymoussaid...

faj, zaki ni saper?dh termakan taik pak lah kot....suh dia diam la...dr membodohkan diri sendiri mcm ni....

ada ke tolak melayu tu tolak islam...sokong la pemimpin yg tak reti nak ajar bini tutup aurat tu....

bini sendiri pun xleh nk pinpin...inikan pulak nk pinpim negara....

sabrisaid...

zaki, yg ko nak angin tak tentu pasal ni apa hal? aku rasa dlm badan ko banyak termakan hasil dari umno ni. sebab tu ko gelap hati.

nard elainy said...

wahh..isu politik sangat hangat diperkatakan..huhu..sy masih bwh umo lg..so,dok diam2 jela..:p

fajridil adha said...

zaki -->> mana ko tau pkr ni penghancur bangsa? penah ke pkr tadbir malaysia? sape yang menghancurkan bangsa skrgni? parti memerintah skrgni spt takde hala tuju. semua gila harta. tu membela bangsa ke? anda kata DAP menolak islam, parti BN sendiri menolak islam. xberani laksanakan hudud. ape komen anda?

fajridil adha said...

anon -->> aku xkenal zaki ni. xpela, dia xdpt hidayah lg. biarkan aje.

sabri -->> gelap ati sbb menyokong golongan yg gelap ati juga.

nadia -->> diam2 berisi tu.hehe

Anonymoussaid...

erm..ni opinion sy je..kalo x mule dr skang smpi ble org mlayu nk pndi english..skang mmg la xnpk lg...cz bnde ni sume br je 6thn..kte ptot kaji smula ble bnde ni da jln dln 10 thn n ke atas...br la bole nk tgk kesan ny...ni xmsuk politik2 k..juz my opinion as math teacher...sb ny, ble pk2 blik, university level, medium yg digunakan english, so if da start dr skang, at least ank2 mlayu xd la tkujat nt..ni juz nk bg pendedahn awl pd ank2 mlayu..nk ke mahasiswa kte xpndi english?..amek yg +ve side la...sy pn xd la pndi english sgt..stil kne blaja..pepatah kata, proses pembelajaran 2 seumur hidup kn..kite sume ni pn dlm proses pembelajaran..belajar dr pengalaman..sowi if ade yg tesinggung ngn pndpt sy...sowi sgt2 k..

Anonymoussaid...

Nama Umno pun singkatan bahasa Inggeris... tali barut Barat Yahudi... Aliff tendang wau bunyinya sarkis... Umno penghapus jawi... Umno penghapus tulisan bangsa melayu sendiri... Umno parti kebangsatan melayu! ramai melayu tak reti jawi even Dr. M tua ganyut pun heran kenapa Parti Islam SeMalaysia bunyinya Pas patutnya PIS ( Parti Islam SeMalaysia) padahal Pas itu (Pa Aliff Sin).

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise