Tuesday, March 1, 2011

Kisah Di Pagi Hari

foto Kisah Di Pagi Hari

Kisah Di Pagi Hari

fajridil.blogspot.com - Pagi tadi jam 7 pagi aku pergi temankan isteri pergi ambil udara pagi di luar rumah. mama aku cakap, berjalan-jalan sambil hirup udara segar di pagi hari bagus untuk kesihatan orang mengandung dan memudahkan sewaktu hendak melahirkan nanti.

Tapi tadi pagi baru saja nak jalan-jalan sekitar kawasan rumah, isteri aku mengidam pulak buah pelam (plum) / mangga yang tengah banyak buahnya di tepi rumah mama aku tu. minggu lepas isteri aku dah cakap kat aku suruh jolokkan buah tu sebab dia teringin nak makan. cuma masa tu masa tak mengizinkan. jadi tadi aku ambillah batang paip panjang yang ada tersimpan di tepi rumah mama aku tu. aku pun jolok-jolok buah plum tu. besar-besar pula tu. satu-satu buah tu jatuh bila aku jolok.

Masa tu banyak pula kenderaan lalu lalang. maklumlah rumah tepi jalan besar dan pagi-pagi semua sibuk nak pergi kerja. aku dan isteri pula sibuk jolok buah plum. hehe.

Ada berbelas biji juga aku dapat. sedang isteri aku membersihkan buah tu, aku pun sibuk-sibuk nak rasa buah plum tu. perh, boleh tahan sedap rasanya. jadi aku cakap kat isteri aku suruh buat jeruk sikit buah tu. yang selebihnya buat rojak untuk esok hari.

Seronok juga bila dapat hasil dari tanaman yang ditanam disekitar rumah ni. rumah baru aku di taman sebelah rumah mama aku tu pun ada ditanam pokok plum ni. cuma pokoknya masih rendang. pokok pisang dan lada pun aku ada tanam. bila dah ada hasil nanti, mesti seronok. :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




1 comments:

Nur Ezqy said...

Salam pada semua...
Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

Harga serendah RM1.00/pcs.

Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

terima kasih admin

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise