Papa Ku Haji Asral Bin Harany Kini Sedang Sakit Pada Tahap Kritikal
fajridil.blogspot.com - Papa ku, Haji Asral Bin Harany pada Jumaat jam 4.00 pagi, 4 February 2011 bersamaan 1 Rabiulawal 1432 H telah diserang sakit mengejut. Pada jam 4.40 pagi, ambulans dari Hospital Sultan Ismail, Johor datang untuk mengejarkan papaku ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera. Papa ku terus dimasukkan ke wad kecemasan dan berada agak lama disitu kerana Doktor bertugas mengatakan tekanan darah papaku ialah 300, kandungan gula dalam darah pula ialah 6.2, darah di seluruh badan dijangkiti kuman dan ada sedikit nanah didalam otak. Doktor juga mengatakan kemungkinan papaku terkena strok tahap serius.
Tapi itu semua hanya "kemungkinan" kerana Doktor pakar sendiri tidak berani untuk mengesahkannya kerana papaku selama ini sihat walafiat tanpa menghidap sebarang penyakit. Semuanya terjadi dengan tiba-tiba. Mungkin ini semua sudah suratan Ilahi untuk menguji kami sekeluarga.
Sehingga ke saat ini, papa ku Haji Asral Bin Harany masih berada di tahap kritikal dengan sentiasa dibantu alat bantuan pernafasan. Walaupun darah dan tekanan darah sudah kembali normal, namun papa ku masih tidak sedarkan diri.
Segala kemungkinan boleh terjadi untuk masa sekarang ini. Kami sekeluarga redha akan apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun kami berharap dan amat berbesar hati agar seluruh kenalan, blogger dan seluruh kaum muslimin dan muslimat agar mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya serta menyedekahkan bacaan Al-Fatihah agar papa ku dapat sembuh seperti sediakala, Amin...
Untuk makluman, papa ku kini ditempatkan di Wad 7A 10 Hospital Sultan Ismail, Johor.
Wassalam..
4 comments:
moga beliau beroleh rahmat Allah,di samping ahli keluarga untuk terus berdoa,insyallah.
amin ya rabb alamin.
Semoga diberi kesudahan yang baik untuk Papa saudara.
kak yati mendoakan mudah2an papa anda dilindungi Allah dan dikembalikan kesihatannya seperti sediakala...banyakkan berdoa kepada anda sekeluarga.
Semoga Papa Fajridil segera sembuh dan diberkati dengan izin Allah. Amin.
Post a Comment