Kod E Mengandungi Lemak Babi
fajridil.blogspot.com - Salah seorang rakan saya bernama Shaikh Sahib, bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawalan Obat & Makanan (BPOM) di Pegal, Perancis. Tugasnya, mencatat semua jenama barang, makanan & ubat-ubatan. Produk apapun yang akan dipasarkan oleh sesebuah syarikat ke pasaran, bahan-bahan produk tesebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari BPOM Perancis dan Shaikh Sahib bekerja di bahagian QC (Quality Control). Tidak pelik jika ia mengetahui berbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan. Banyak dari bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah dan kod ilmiah, namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141.
Pada awalnya, ketika Shaikh Sahib menjumpai istilah matematik, dia hairan lalu bertanyakan kod matematik tersebut kepada orang Perancis yang bertugas dalam bidang itu. Orang Perancis menjawab, Buat saja kerjamu, dan jangan banyak tanya ...! Jawapan itu, semakin menimbulkan kecurigaan Sahib, lalu ia pun mula menyelidik untuk membongkar kod matematik dalam dokumen yang ada.
Ternyata, apa yang dia jumpa cukup mengejutkan kaum muslimin dunia. Hampir di seluruh negara bahagian barat, termasuk Eropah pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak terdapat di negara- negara tersebut. Di Perancis sahaja jumlah penternakan babi mencapai lebih dari 42.000 unit.
Mengapa Lemak Babi Yang Dipilih
Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan yang lain. Namun, orang Eropah dan Amerika berusaha untuk menghindari lemak-lemak itu. Yang menjadi persoalan, Kemanakah hilangnya lemak-lemak babi tersebut? Babi-babi dipotong ditempat pemotongan yang dijaga ketat oleh BPOM, tapi yang menjadi masalah POM adalah membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi.
Dulu sekitar 60 tahun yang lalu, lemak-lemak babi itu dibakar. Kini mereka pun berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut.. Sebagai awal ujikajinya, mereka membuat sabun dengan bahan lemak babi, dan ternyata berjaya. Lemak-lemak itu diproses secara kimia, dibungkus ekslusif dan dipasarkan.
Negara di Eropa mewajibkan untuk menyatakan butiran lengkap bahan-bahan setiap produk makanan dan juga ubat-ubatan. Kerana itu, bahan dari lemak babi ditulis dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada butiran produknya. Agar mudah dipasarkan, penulisan lemak babi dalam sesuatu produk ditukar dengan nama lemak haiwan.
Ketika syarikat pengeluar ditanya pihak berkuasa dari negara Islam, maka dijawab lemak tersebut adalah lemak lembu & kambing. Walaupun begitu lemak-lemak itu haram bagi muslim, kerana penyembelihannya tidak mengikut syariat Islam. Label baru itu dilarang keras dari memasuki ke negara Islam, akibatnya syarikat pengeluar menghadapi masalah kewangan yang sangat serius, kerana 75% pendapatan mereka diperoleh dengan menjual produk ke negara Islam dan laba yang diperoleh mampu mencapai jutaan dollar.
Akhirnya, mereka membuat kod tertentu dengan bahasa yang hanya difahami oleh BPOM, manakala orang lain tidak ada yang tahu. Kod diawali dengan huruf E ? CODES, E-INGREDIENTS, ini terdapat dalam produk syarikat mutinasional, antara lain :
1. ubat gigi, gula getah, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin,
2. buah-buahan dalam tin, dan beberapa multivitamin serta banyak lagi jenis makanan dan ubat-ubatan yang lain.
Kerana itu, saya mohon kepada sesama muslim dimana sekalipun agar memeriksa secara teliti bahan-bahan produk yang akan kita gunakan dan perika dengan senarai kod E-CODES berikut ini kerana produk dengan kod-kod di bawah ini, positif mengandungi lemak babi :
E100, E110, E120, E-140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325, E326, E327, E337, E422, E430, E431, E432,
E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475,
E476, E477, E478, E481, E482,E483, E491, E492, E493, E494, E495,
E542, E570, E572, E631, E635, E904.
Adalah tanggungjawab kita bersama untuk mengikuti syari'at Islam dan juga menyebarkan informasi ini kepada sesama muslim yang lain.
Semoga bermanfaat,
M. Anjad Khan
Medical Research Institute United States
0 comments:
Post a Comment