Thursday, February 10, 2011

Perkembangan Kesihatan Papaku, Haji Asral

foto Perkembangan Kesihatan Papaku, Haji Asral

Perkembangan Kesihatan Papaku, Haji Asral

fajridil.blogspot.com - Perkembangan papaku, Haji Asral Bin Harany pada semalam iaitu Rabu 9 Februari 2011 bersamaan 6 Rabiul Awal 1432 H dan bertepatan dengan hari lahir abang ku Muhammad Feriasta Bin Asral yang ke 32 tahun, masih stabil walaupun tetap ditempatkan dalam ICU.

Keadaannya tidak menentu terutama tekanan darahnya sekejap tinggi sekejap normal. Matanya pun agak berat untuk dibuka. Dua hari sebelum ini papaku mampu membuka sedikit matanya dan mampu menggerak-gerakkan anggota badan bila disuruh. itu menandakan ada respon yang baik. tapi semalam keadaanya berbeza.. beliau hanya terbaring dan tidak memberi sebarang respon bila dipanggil. Walaupun begitu, aku tetap yakin papaku sedar akan kehadiran kami kerana bila kami disisinya, beliau menyedut air melalui hidungnya.

Aku kerap bisikkan ke telinganya agar terus menerus beristighar dan berzikir didalam hati agar redha dengan ketentuan Allah. ini semua banyak hikmahnya dan aku yakin segala ujian yang diberikan hanya kepada sesiapa yang mampu mengatasinya dan untuk menghapus dosa dan menambah sebanyak-banyaknya pahala sekiranya kita redha dengan ketentuanNya.

Malam semalam aku bersama abangku terpaksa ke ICU semula setelah pihak Doktor ICU menelefon agar kami menandatangani surat kebenaran agar membolehkan mereka membuat sedikit pembedahan untuk mengalihkan bantuan pernafasan dari mulut ke bahagian tekak di kerongkong. ketika kami disana, pegawai bertugas sedang membuat dialisis untuk mencuci darah papaku kerana buah pinggangnya sedikit lemah mungkin kerana tahap kesihatannya tidak berapa baik. InsyaAllah bila keadaannya sudah sihat, tidak perlu dilakukan lagi proses dialisis tersebut.

Kepada papa, adik sentiasa doakan kesihatan papa. papa bertenang sajalah. semuanya akan kembali normal tidak lama lagi, InsyaAllah.

foto Muhammad Feriasta Bin Asral

Kepada abangku, Muhammad Feriasta Bin Asral, Selamat Hari Lahir Yang ke 32. Semoga selepas ini melimpah ruah rezeki rohani, jasmani dan batiniah yang diberikan oleh Allah SWT. Dan juga semoga dilimpahi Nur Ilahi agar hidup sentiasa diredhai Allah dan ditetapkan iman. InsyaAllah..



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




1 comments:

AHB Leader said...

semoga beliau cepat sembuh.. dia sakit apa..?

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise