Monday, September 6, 2010

Iklan Raya TV3 - Sinari Lebaran Ditarik Balik

foto Iklan Raya TV3 - Sinari Lebaran

Iklan Raya TV3 2010 - Sinari Lebaran Cetus Kontroversi

fajridil.blogspot.com - Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, TV3 semalam bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Difahamkan iklan "Sinari Lebaran" itu mula disiarkan pada 2 September lalu.

Antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal.

Malah ada juga babak yang menunjukkan kemunculan cahaya pelita di celah-celah kelopak bunga yang berkembang kebiasaannya dikaitkan dengan perayaan Deepavali.

Iklan yang berdurasi kira-kira satu minit itu turut menyelitkan unsur-unsur khayalan menunjukkan kanak-kanak dibawa terbang merentasi beberapa mercu tanda terkenal negara seperti Menara Berkembar Petronas, jambatan mirip Jambatan Pulau Pinang dan Menara Condong Teluk Intan.

Penyiaran iklan TV3 tersebut didakwa menimbulkan impak di luar konteks sebenar sambutan hari lebaran yang bukan dikaitkan dengan hiburan semata-mata.

Video - Iklan Raya TV3 - Sinari Lebaran

video

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




4 comments:

encik azuwan said...

ada unsur 1Agama tu..haha..APCO punya kerja ni.

Anonymoussaid...

ye takye kan.. ejen tunggal Yahudi kat Malaysia ni..Anwar punye keje lah nie..

sibuk nk buat perlembagan baru yer..hampess!

Anonymoussaid...

Macamana iklan ini boleh lulus ditayangkan di TV..
Kementerian Penerangan tak ambil tindakan..ada bias..sah TV3 milik UMNO

Anonymoussaid...

guys, I don't see anything wrong with it. What's wrong with a flying wheeled vehicle? Why can't it be related to Harry Porter rather than Santa Claus? I truly believe the creator was imaginative. and if you impose a fine of RM50,000, I don't think you are serious enough. TV3 is a huge company and RM50,000 is chicken feed fine.

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise