Thursday, December 11, 2008

tips pengiraan keserasian sesuatu pasangan

Bunyi sebutan nama; iaitu jika bunyi di :-



Depan = Markah 9

Atas = Markah 8

Bawah = Markah 5



Contoh:-

Nama Lelaki : Azlan Hafiz

Sebutan : Az + Lan + Ha + Fiz

Markah : 8 + 8 + 8 + 5

Jumlah : 29



Nama Perempuan : Hazlina Hanis

Sebutan : Haz + Li + Na + Ha + Nis

Markah : 8 + 5 + 8 + 8 + 5

Jumlah : 34



So Jumlah Keseluruhan : 29 + 34 = 63



Mencari baki :-



Jumlah 63 dibahagi pula dengan nombor 9, 7, 5 dan 3.



Iaitu:-



63 bahagi 9... baki ialah 0

63 bahagi 7... baki ialah 0

63 bahagi 5... baki ialah 3

63 bahagi 3... baki ialah 0



** Oleh itu baki ialah 0, 0, 3 dan 0 (baca dari atas ke bawah)



Peringkat perjalanan usia perkahwinan (9, 7, 5, 3)



# 9 - Di masa muda (awal perkahwinan)



# 7 - Di masa memasuki pertengahan



# 5 - Di masa menghadapi masa tua



# 3 - Di masa tua (penghujung perkahwinan)



Jika baki :-



0 - Bulan Purnama

Di waktu ini rumah tangga sangat bahagia, hidup penuh dengan aman dan damai. Tidak berlaku kekecohan. Jika pasangan ini subur kemungkinan mendapat ramai anak.



1 - Biji Di Tasik

Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.



2 - Anak Raja Sekandang

Di waktu ini pasangan suami isteri romantis, rasa secocok, rasa sama padan dan saling memahami. Maka rumahtangga menjadi bahagia.



3 - Anak Raja Kepanasan

Di waktu ini sering berlaku pertengkaran, bergaduh, bermasam muka iaitu dengan kata lain perselisihan faham sering berlaku. Jika dibiarkan berlarutan rumahtangga akan hancur.



4 - Abu Atas Tunggul

Di waktu ini duit ada tapi tidak pernah cukup. Jika dapat wang pun hanya sekadar dapat lihat sahaja. Wang itu cepat habis digunakan. Ada-ada saja perkara yang hendak dibelanjakan. Senang datang senang habis. Poket sentiasa kosong.



5 - Telaga Di Bawah Bukit

Di waktu ini rezeki datang melimpah-limpah. Tidak menghadapi masalah kewangan. Hidup senang.



6 - Tanduk Seberkas

Di waktu ini pasangan menjadi romantis, penuh kemesraan dan penuh kasih sayang.



7 - Naga Seru

Di waktu ini pasangan tidak tenteram kerana masalah kuat cemburu. Selalu tidak percaya pada pasangan.



8 - -sama seperti nombor 0-





Peringatan : Jangan terlalu percaya sangat.. Ini hanya berdasarkan kajian. Selamat kira mengira. :z

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




3 comments:

missmysara said...

hmm..berdasarkan firasat sy..sy rase xbetul nih,tipu jer nie...ish2..

sabiqahAnuar said...

lawak tul :))...emm mana laa dapat info ni en.fajr...:?

CikFaten said...

Bulan Purnama --> Biji di Tasik --> Telaga dibawah bukit --> Tanduk seberkas.. Alhamdulillah.. Acece.. Bhahaha~ Saje seronok2.. Karut jerk.. :p

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise