Monday, December 22, 2008

tahun baru :)

Bulan zulhijjah semakin hampir kepada penghujungnya dan itu menandakan semakin dekatnya bulan muharam. secara kebetulan, tahun baru masihi, 2009 juga hampir tiba. Maka makin bertambahlah usia aku. Tahun depan umurku meningkat kepada 26 tahun. Aku tak tahu peristiwa apa yang bakal terjadi pada tahun hadapan. Adakah aku akan ada kekasih baru? Atau aku akan berkahwin? Atau aku pergi menunaikan haji? Atau masih duduk diam dan tekun jaga kedai tercinta? Atau juga aku akan pergi menghadap Ilahi? Aku sendiri pun tak tahu. Aku redha sahaja dengan ketentuan-Nya. Mudah-mudahan aku sentiasa mendapat yang terbaik, mendapat petunjuk dan mendapat keredhaan daripada-Nya. Amin. :y

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




1 comments:

missmysara said...

amin...semoga semua doa yang mr faj hajatkan dimakbulkan ALLAH...yg lepas tu biarla jd kenangan..huhu

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise