Kadangkala, menjalinkan sebuah hubungan umpama pergi ke tempat yang tidah pernah anda sampai sebelum ini tanpa ada sebarang petunjuk pun.. Rasanya menakutkan, merisaukan, tapi juga mendatangkan kejutan yang menyeronokkan. Agar anda tidak "tersesat", sila baca yang dibawah ini:
1. Menghabiskan waktu sendiri akan memperkuat ikatan
Yang namanya orang bercinta adalah tentu ke mana-mana sahaja ingin berdua. Tapi, meluangkan waktu dan berkumpul dengan kawan-kawan sama pentingya. "Saat anda dan kekasih berjauhan, anda akan ada banyak cerita dan idea untuk dikongsi bersama. Dan juga, saat anda tidak bersama si dia, fikiran anda akan tertuju padanya dan muncul rasa rindu untuk bertemu dengannya.
2. Percaya kata hati
Secara semulajadi, setiap wanita memiliki keupayaan merasakan jika ada sesuatu yang tak kena. Jadi, bila anda tak menerima sebarang berita dari si dia selama dua hari, anda patut ada rasa curiga. Apalagi sekarang komunikasi sudah semakin mudah, bukan hanya melalui telepon, tapi juga sms, email, atau instant messenger. "ketika seseorang ingin mengakhiri sesuatu hubungan, biasanya mereka akan kerap menjauhkan diri".
3. Mungkin Ia akan curang lagi
lelaki curang bukan hanya kerana rasa cinta yang mulai pudar, tapi juga kerana rimas, ego, dan sukar menahan godaan yang sudah di depan mata. Biasanya lelaki cenderung melakukan kecurangan sebanyak dua kali. Jadi, bila si dia pernah curang dengan bekas kekasihnya, jangan terlalu mudah percaya padanya.
4. Ingin melindungi
Walaupun di dunia pekerjaan anda melihat kaum lelaki seolah-olah tak mahu kalah bersaing dengan wanita, namun sebenarnya mereka ada sifat untuk melindungi, menjadi orang yang diperlukan oleh orang yang mereka cintai. "Lelaki merasa sangat berguna dan berharga saat mereka mampu berbuat sesuatu untuk orang yang istimewa,". Jadi, walaupun anda adalah wanita berdikari yang mampu memenuhi keperluan sendiri, tak ada salahnya mengizinkan si dia menunjukkan keupayaannya..
5. Jangan takut putus
Banyak alasan mengapa seseorang sedaya upaya mempertahankan hubungan yang sudah tidak sihat. Ramai yang rela melakukan pelbagai cara untuk meneruskan hubungan itu. Padahal putus dari hubungan yang tidak sihat ternyata rasanya tidak sesakit apa yang selama ini mereka takutkan. Pendek kata, putus cinta bukan bererti kiamat dunia ini. Jadi, bila anda merasa ia bukan orang yang tepat, jangan takut untuk memutuskan hubungan dan mencari kebahagiaan yang selama ini anda cari.
4 comments:
komen tuk no-2 ) hurm..mcm yg sy alami skrng ni.. c dia jarang cnctc sy..tp sy tahu dia cibuk bkerja..n saya yakin padanya...ntah la..myb kami masih baru..perlu byk masa tuk mmbiasakan diri dgn ni semua...tp sometimes..tahap kesabaran sy ni ni tercabar juga..huhuhu... dn yg lain2 tu..yup..sy setuju..jgn takut putus bila satu hubungan tu da x dp d selamatkn..myb dia bkn jodoh kita..n life mus g0 on..!!!
chunie, baik u g cek. manala tau bf u tu sibuk bergayut with other girl.beringat sebelum terluka.yuhuu..
dh chek..pg td i col..mak dia angkat ckp dia tdoo..!! ntah laaaaa...till now,still no news..
fuyooo...ni bercerita berdasarkan pengalaman juga ke??? hehe...
Post a Comment