Sunday, October 26, 2008

warna untuk pilih kerjaya.



Warna kegemaran juga dapat dijadikan panduan dalam kita menentukan bidang kerjaya yang sesuai dengan kemampuan dalam diri.



Suka warna : kuning, ungu, dan putih: Anda adalah komunikator

Anda ada kelebihan dalam bidang komunikasi. Dengan bakat yang ada, anda mampu mengetahui apa yang pelanggan mahukan sehingga anda mampu merancang strategi yang tepat agar mereka mahu mendengar idea dan pandangan anda. Kemampuan anda berkomunikasi juga menjadi modal untuk mencari jalan keluar dari masalah yang dihadapi. Bidang kerja yang bersesuaian untuk komunikator seperti anda adalah di bidang marketing, public relation atau bekerja di bidang agama.



Suka warna : merah, hijau, dan hitam: Anda adalah investor

Anda mempunyai keupayaan untuk meramal dan menguruskan duit, ekonomi dan juga dalam menilai kemampuan setiap pekerja. Anda adalah orang yang suka menyokong, sporting dan ada daya analisis yang cekap. kerjaya yang tepat adalah dalam bidang kewangan seperti akaunting, perbankkan, hartanah, pembuatan, analasis produksi, investasi, konsultan, sales & marketing, atau mengajar.



Suka warna : biru, oren, dan coklat: Anda adalah aktivis

Anda ada kemahiran untuk membuat orang percaya, selain itu anda juga bukan orang yang mudah percaya kepada hal-hal tak logik. Bidang kerja yang sesuai untuk anda adalah pekerjaan yang memiliki kesan sosial serta bidang yang berkaitan dengan meningkatkan mutu sesuatu produk atau yang sebagainya. Juga sesuai untuk bekerja di bidang engineering, pembangungan, atau membuat program, produk, pegawai kerajaan, serta bidang kehakiman.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




4 comments:

missmysarasaid...

iyer ke nih,cam salah jer...cam xkena ngan kite jer nih..

chuniesaid...

hmmm...boleh d guna pakai ke statment nie..?? hurm.....tp, actually kn...aper2 pom..its depends kat individu tu sendiri.....ape dia nk jd, untuk menjadi seorang yg berjaya, & mempunyai kerjaya yg bagus, yg sesuai dgn usaha yg dilakukan nya...

Princessa said...

aku suke kaler hitam,putih,biru,hijau n pink..cmner lak tuh faj?hik3..

fajridil adha said...

ko suka mcm2 kaler eh. meriah ala ala filem tamil gitu.klau mcmtu,maknanya ko suka jadi kaki putar alam kot. haha ^_^

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise