Saturday, October 4, 2008

yang perlu dan tak perlu bila putus cinta


Sesiapa pun akan setuju bila ditanya putus cinta itu menyakitkan apatah lagi jika diputuskan hubungan secara mendadak. Adalah wajar jika yang dikecewakan akan merasa terlalu sedih dan rasa seperti terpukul jiwanya. Walau demikian, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan dan yang perlu dielakkan agar hubungan dengan bekas kekasih tidak bertukar menjadi musuh..
Yang perlu dilakukan

- Jangan berjumpa dengan bekas kekasih, apatahlagi jika masih tebal rasa marah dan sakit hati di dalam hati anda.

- Buatlah perbincangan dengan bekas kekasih mengenai hubungan persahabatan yang akan dijalin di masa depan. Sekiranya anda masih ingin berkawan, buat perjanjianyang ikhlas.

- Fikirkan apa tindakan anda ketika melihat bekas kekasih dengan pasangan barunya. Memang berat, tapi dengan mempersiapkan diri, anda akan terhindar dari sikap kecewa yang berlebihan.

Yang perlu dielakkan

- Sengaja memburuk-burukkan bekas kekasih di depan orang lain. Ini hanya akan membuat anda terlihat seperti orang jahat.

- Bila anda ingin membuatnya marah, tanyakan pada diri sendiri apa perlunya anda berbuat sedemikian??..

- Mempamerkan kekasih baru Anda di hadapan bekas kekasih. Selain akan melukai hatinya, tindakan ini juga menunjukkan sifat kebudak-budakan.

- Marah-marah pada kekasih baru bekas kekasih.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




3 comments:

Princessa said...

msti pengalaman ko kan faj..hik3..

Nard Elainysaid...

ala...nk senang wat derk je...huhu

Iliana said...

apa pn, perhubungan tu klo blh jgn la dputuskn stkt tu je...slagi blh b'kwn, bkwn je...rse marah??? ketepikan...redha dgn sume tu n yakin, insyaallah ada ganjaran g lbh bsar dr Allah nanti...

p/s : pengalaman diri ke? owh...ade mse, dtg2 la ke blog sy ye..

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise