Monday, March 17, 2014

Sambutan Hari Jadi Di Luar Negara

foto Sambutan Hari Jadi Di Luar Negara
Faris Hasif

Cuti-Cuti Filipina

fajridil.blogspot.com - Diam tak diam, putera keduaku Faris Hasif cukup setahun umurnya pada 19/3/2014 ini. Yang istimewanya, sambutan hari jadi anakku ini disambut di luar negara, Pulau Cebu Filipina. Terbaik :)

Masa terasa amat pantas berlalu. Tatkala ramai ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka ke taska, aku bersyukur kerana dapat mendidik dan melihat kedua-dua anakku membesar didepan mata aku sendiri. Pada aku ia suatu anugerah yang amat berharga. Alhamdulillah..

Pagi 19/3/14 jam 2.00 am kami sekeluarga akan bertolak ke KLIA. Jam 8.15 am harus sampai disana untuk check in. Semoga perjalanan kami lancar dan dipermudahkan. Amin..

Pakaian, passport dan sebagainya alhamdulillah semua telah siap diuruskan oleh isteriku. Aku nanti cuma tolong angkatkan kedalam kereta sahaja. Hehe. Duit Peso pun dah ditukar. Entah apa yang hendak dibeli Cebu tu nanti aku pun tak tau. Maklumlah, bab shopping ni aku memang tak minat. Pada aku buang masa sahaja. Rasanya kebanyakkan lelaki ada perangai yang sama seperti aku. Rasanyalah. Tak tau lah kalau-kalau aku seorang sahaja yang sebegitu. Huhu.

Oklah, cukup untuk setakat ni. ada kelapangan nanti aku update lagi. Wassalam..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise