Tuesday, July 19, 2011

Bersih & Nakba Orang Melayu

foto Bersih & Nakba Orang Melayu


Bersih & Nakba Orang Melayu

fajridil.blogspot.com - Maka pada pagi yang mulia ini hamba pun pergilah mengambil bulu ayam dan dakwat untuk mencatatkan surah ini agar anak cucu-cicit kita nanti tidak akan tertanya-tanya; agar cucu-cicit dan piut kita tahu apa yang telah berlaku pada hari Sabtu 9 Julai 2011 di kurun masehi ke-21 ini.

Biarlah hamba menjadi tok perawi yang sahih, membawa kisah dari mulut ke mulut agar menjadi ajaran dan pedoman kepada cucu-cicit kita yang akan datang. Yang busuk kita tanamkan hendaknya dan yang bersih kita kisahkanlah hendaknya. Amin.

Wahai anak cucu-cicit sekalian, kisahnya bermula dari sini:

Di negeri Arab Palestin berlaku Nakba pada 15 Mei 1948 apabila kaum Zionis dari Eropah datang dan menghalau Arab Palestin dari tanah air mereka. Meleleh air mata orang Palestin melihat tanah-tanah mereka dirampas dan diduduki oleh kaum Zionis.

Kesedihan orang Palestin itu kita rasakan sama kerana kita pula di Tanah Melayu ini telah juga mendapat Nakba atau malapetaka pada 31 Ogos 1957 apabila penjajah British meninggalkan tanah air kita ini kepada gerombolan United Malays National Organisation dan suku-sakatnya.

Inilah malapetaka kita. Inilah Nakba orang Melayu. Inilah malapetaka dan Nakba yang telah menimpa anak semua bangsa di Malaysia ini.

foto Bersih & Nakba Orang Melayu

Semenjak malapetaka ini sampai, hampir setengah kurun yang lampau, orang Melayu telah dibodoh-bodohkan. Orang Melayu telah digula-gulakan. Orang Melayu telah ditakut-takutkan. Ya ampun, inilah malapetaka. Inilah Nakba.

Adalah hendak dijadikan cerita, hamba hanyalah tok perawi yang membawa kisah dari mulut tuan yang empunya ceritera. Dapatlah hamba diberitahu bahawa telah ramailah rakyat seluruh negeri ingin berhimpun kepalang peri.

foto Bersih & Nakba Orang Melayu

Telah terdengar kisah yang amat ngeri tentang orang ditipu ketika mengundi. Diketahui umum seluruh negeri duit dipakai untuk membeli undi. Maka marahlah rakyat seluruh negeri kerana selama ini mereka ditipu dalam pilihan raya setiap kali.

Maka nujum dan pawang pun dipanggil datang untuk menetapkan tarikh dan ketika. Memilih saat memilih masa ketika bulan tidak mengambang.

foto Bersih & Nakba Orang Melayu

Ketika matahari condong ke batang. Ketika panas mula menghilang. Hari-hari terus dihitung dan dibilang. Hari yang baik dan bulan yang baik diikat dengan saat dan ketika.

Saat itulah saat gembira. Saat yang hendaknya rakyat seluruh negara akan turun beramai-ramai ke jalan raya agar kita semua dapat bercempera. Hari yang bersih disalut oleh hati yang bersih.

Bila berita pecah terbuka. Maka menyingalah Najib mukanya marah mukanya berpuaka. Najib pun lantanglah menjerit bersuara. Ke hulu ke hilir membawa berita.

Najib mengarahkan adinda sepupu agar tangkas bersiap sedia kerana rakyat telah berani bangun bergegak gempita.

Maka dirancangkah satu rancangan. Maka disusunlah satu susunan. Maka dikumpulkanlah soldadu upahan. Lalu dipanggil para pemikir. Maka gerombolan pun bekerja dan berpakat seperti biasalah. Menggunakan cara lama yang telah biasa.

Pemikir dan soldadu mendapat upah, mendapat imbuhan. Sepakatlah mereka bersatu pendapat. Rakyat yang telah mula berani bangun wajib ditakut-takutkan. Rakyat yang mula sedar ini perlu dibodoh-bodohkan.

Mengikut orang dalam yang empunya berita semua saluran media telah diberitahu tentang akan munculnya satu berita yang paling baru. Mengikut tuan yang empunya ceritera dikatakan pada suatu malam yang gelap gelita ada seorang mamat masuk ke pusat kota. Datang membawa bom dan segala bentuk senjata.

Adalah mengikut surah ini si mamat ini bangang lagilah bodoh bukan kepalang. Datang membawa senjata memakai topeng, mukanya pula disapu arang. Memakai baju dan seluar yang compang lagi camping hinggakan nampak perut terbarai dan buntut tersadai.

Si mamat ini disurahkan hendak menyimpan semua senjata ini ditempat yang sulit. Bukan di celah kangkang atau di dalam parit tetapi ditepi busut, di sebalah kedai Kentucky tak jauh dari tempat mat pet berjual beli.

foto Bersih & Nakba Orang Melayu

Seantero negara seluruh negeri diberitahu bahaya datang kepalang peri. Senjata menunggu masa dan ketika untuk meletup sendiri. Parang dan bom ini menunggu isyarat untuk terbang melayang-layang memenggal leher ibu dan abang.

Tidak cukup dengan kisah bom dan parang di tepi Sogo, datang pula kesah seorang mamat sudah tertangkap. Bukan di rumah dan bukan di kebun.

Bukan di Kerinchi, bukan di Pandan tetapi di Keramat yang jauh tidak jauh dari jalan. Tempat terletak di sebelah kuil Cina. Mengikut kisahnya, si mamat ini sedang berusaha menanam parang, bom dan senjata.

Wahai adik abang dan kakak, biar hamba kisahkan lagi. Inilah cara, inilah gaya, inilah teknik, inilah strategi untuk menakut-nakutkan rakyat seluruh negeri agar jangan berani turun ke jalan raya.

Adalah bom, adalah parang dipasang sendiri oleh soldadu upahan. Adalah jelas adalah nyata tidak ada sesiapa turun ke jalan raya bersih membawa senjata.

Inilah tipu, inilah helah. Inilah rupa kerja manusia yang di waktu siangnya dia menipu, di waktu malamnya dia menjarah. Biarlah di sini hamba memanjangkan surah. Wahai abang- abang dan kakak-kakak, sila lihat, sila perhatikan gambar parang dan gambar molotov.

Aduhai bodohlah SB yang makan upah. Aduhai SB yang membeli parang. Ushalah sikit. Jangan beli parang dari kedai yang sama. Nampak sangat malas bekerja. Serumpun macam baru dibeli borong dari Kedai Aked Mara di Kuala Kangsar.

Tidak cukup dengan ini, tipu helah gerombolan terbongkarlah sudah. Hendak menipu pun kita wajib pandai di sekolah. Tanyalah lebai Google dari rumah orang sebelah. Nak tahu tentang molotov cocktail, carilah surah.

foto Bersih & Nakba Orang Melayu

Bangang terserlah mengarahkan SB membuat molotov memakai botol plastik yang salah. Kenapalah bangang wahai menteri Hishamudin. Molotov cocktail perlu botol kaca. Botol plastik tempat menyimpan kencing sehingga haring.

Aduhai segala hamba Allah, berita yang dirancang oleh gerombolan semua menjadi berita salah. Kenapalah tidak difikir dan tidak ikut usrah. Kenapa penutup botol plastik semuanya warna merah jambu macam kain tudung sang puteri.

Apakah otak, apakah yang salah. Adalah SB bangang atau tak cukup kena tarbiah. Hamba yang menjadi tok perawi kini jadi serba salah. Nak menangis pun ada, nak tersenyum pun salah.

Tidak cukup dengan ini, seantero negeri pun mula diberitahu tentang Jepun akan datang menyerang. Macam Belanda sampai di Melaka. Kereta perisai dibawa keluar. Helikopter berlegar liar. Jalan di kawal siang dan malam. Bas di tahan kereta diperiksa.

Kad pengenalan wajib ada. Beg di buka kereta digeledah macam anjing mencari dadah. Inilah sahaja satu kaedah untuk menakut-nakut rakyat yang sudah bijak bermadah.

Maka akan tercatitlah dalam sejarah tentang tentera yang akan dibawa keluar. Telah didengar khabar berita bagaimana ada jeneral, ada yang mula berkata, tugas tentera bukan untuk gerombolan. Bukan untuk membunuh rakyat, orang kampung, sanak saudara, sahabat dan taulan.

Mengikut tuan yang empunya ceritera, apabila Najib diberitahu duduk perkara. Dia pun gelabah tak tentu hala. Kejap nak jumpa Bersih, kejap berjanji memberi Stadium Negara. Najib berdolak. Najib berdalik. Perangai tak ubah semacam kera yang tercabut ekor di Tasek Bera.

foto Bersih & Nakba Orang Melayu

Hambo sebagai tok perawi tidak mahu berlagak sombong. Hamba hanya berniat nak menyambung cerita. Ibu bapa, adik dan kakak jangan senyum, tapi ketawalah terbahak-bahak. Hamba nak royak kisah kumpulan Perkasa yang bukan main ribut melahak-lahak.

Bingar bising macam halilintar membelah busut. Beribu anggota akan dijemput. Untuk membuat onar dan bikin kelam kabut. Rakyat terdengar rakyat lalu rakyat pun menyahut.

Semua mula berkata: "Kami tak takut."

Auta Perkasa sudah terserlah. Maka geng silat pula masuk mencelah. Ini lagi lawak hinggakan kita ketawa mata terbeliak. Jangan menuduh hamba ini tok perawai yang berat sebelah. Tapi inilah hakikat cerita yang telah menjadi sejarah kita.

Perkasa lesap hilang entah ke mana muntah kedarah. Geng silat ramai yang datang tetapi sudah tersalah. Perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur tetapi geng silat semua berkumpul di Kuala Pilah. Mereka berzikir, berkelintau memukau, akhirnya ghaib hilang ke negeri entah berentah.

foto Bersih & Nakba Orang Melayu

Maka tinggal Pemuda Patriot Berbaju Merah. Hamba diberitahu mereka semua datang kerana makan upah. Apabila tak ramai yang datang berkumpul maka menantu ayah menjadi gelabah. Lalu Mat Bangladesh diberi upah pakai baju merah.

Tak cukup dengan Mat Bangladesh, si Patriot menghina diri lagi. Demonstrasi belum lagi selesai, mereka semua sudah masuk ke dalam kedai Kentuki.

Kepada cucu-cicit yang akan datang zaman berzaman, marilah kita belajar dari alkisah ini. Hendaknya kisah ini akan turun temurunlah. Hendaknya disurahkanlah dari mulut ke mulut, dari laman ke laman, dari blog ke blog, dari Twitter ke Twitter.

foto Bersih & Nakba Orang Melayu

Di akhirnya, ini hamba sebagai tok pewaris ingin mengundur diri. Hamba di sini merakam sejarah untuk anak segala bangsa. Nakba dan malapetka tidak akan kita tangisi. Rakyat sudah berani bangun untuk melawan.

Dengarlah wahai yang zalim dan wahai yang jahat; kita saentero negara tidak akan lagi takut. Datanglah taufan, datanglah Perkasa, datanglah silat, datanglah Patriot.

Semua ini hanya kentut-kentut hangat. Setelah malapetaka busuk ini, pergi Bersih akan menyusun lagi. Kalau lapan tuntutan tidak apa-apa, Bersih akan turun ke jalan sekali lagi.

foto Bersih & Nakba Orang Melayu


**Hishamuddin Rais

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




11 comments:

Anonymoussaid...

jikalau hamba ini wali hamba akan.... apakan daya hamba hanya manusia biasa.... ingin hamba katakan bhawa kamu manusia bernama melayu mmg bodoh yg amat
musuh dalam selimut kamu tidak nmpak langsung hamba nyatakan sebagai pendapat hamba
hamba nak tanya pada penulis ini mengapa ambiga nak kita junjung.... di mahkamah ALLAH s.w.t kita akan tahu kebenarannya
insyaallah
kita islam mintalah dan yakinlah pada allah
kita buta hati... buka minda cuba saudara senyap dan berfikir
saudara cuba memposting kan satu fitnah besar yg nabi allah sebut iaitu "akan datang satu fitnah besar dalam kalangan umat ku" dan inilah dia
...hamba ingin kuasa!! hamba ingin harta!! dan hamba nak dihormati!! itulah kata2 pemimpin skrg bkan semacam zaman dahulu dimana agama menjadi tunjang kepimpinan...
menjadi seorg pemimpin bkan mudah kerana di hadapan allah dia akan disoal akan apa yg diperbuatnya di dunia
jika hamba nak berfikir cuba hamba fikir kenapa sampai skrg allah mengankat pimpinan di malaysia yg berwibawa bukana dalam kalangan PR renungkan kembali
sebenarnya dajal kecil malaysia telah terlepas dari penjara sejak itu negara ini x terlepas dari pelbagai masalah ancaman dalam dan luar cuba hamba berfikir bukan menuduh
islam x perlu bersekonkol dengan manusia kafir kerana mereka x kan duduk diam
memecah belahkan islam menjadi target mereka dan akhirnya mengiytiharkan negara ini negara bukan islam
nah skrg saya nak tanya hamba samada ingin duduk di negara yg majoritinya islam tetapi bukan agama rasmi..... anda seronok negara ini menjadi mcm tuh sekarag cuba saudara fikir camna pulak jika saudara berada dlm perasaan org2 kafir ttng islam dan malaysia tentu mereka mahukan negara yg kafir yg pemerintahnya kafir bukan..???
hamba bukan nak menuduh seseorg mahupun sekumpulan
mmg bahwa dulu kita minta pada allah supaya tunjukkan kebenaran
nah.. kebenaran dah lama terbuka tetapi kira masih buta hati adkah saudara nak allah dtg dan memberitahu kepada saudara ttg siapa salah dan siapa betul JGN HARAP begitu allah dah tunjuk kebenaran melalui pelbagai cara secara x langsung yg pastinya yg akan memimpin duina akan dtg ialah imam mahdi kita x perlu nak besarkan cerita yg pada akhir nya timbulkan fitnah yg hamba kira bila ditanya oleh allah kelak kita cakap kita main cakap ja @ kita copy paste ja @ kita dengar mulut kosong ja tanpa bukti
akhir skali cuba lah menyiasat kenapa mengapa dan akhir nya ohhhh macamtuka
~salam perantauan sorang saudara seagama islam
(hamba ini hanya insan biasa x suka berpolitik :) )

Anonymoussaid...

untuk Anon 1
BERSIH 1.0 dipimpin oleh MELAYU dan ISLAM. Kamu sokong tak?? Tak jugak. Sudah la kami bukan melay mudah lupa mcm kamu UMNO.
Ishytihar negara Islam tapi sistem pakai system kafir. Rakyat hidup bebas macam orang kafir. Anak melayu kena main dengan keling n cina selamba je..... Bodoh biar bertempat.

Anonymoussaid...

anon 2 kenapa nak memilih jln demontrasi ??? dah x ada jln ke
kenapa nak kutuk mengutuk??
kenapa saudara katakan kita pakai sistem kafir ??
mari tgk seketika negara arab sejarah lingkaran sjk zaman dahulu
dulu mmg hebat
skrg lihat punah ranah dibaham barat
mari lihat malaysia smpai skrg negara barat x brani buat apa2 dgn kita
kalau nak ikut kita dah lama kena bantai mcm libya
anda jgn terlalu lurus
tgk negara islam habis hancur
saudara kata melayu kena main keling n cina selamba je??
skrg saya nak tanya kenapa melayu lambat bangkit ??? walau sudah tahu
..sudah tahu lagi menyalak mana jalan nya tidak dicari
cuba ambil cth jepun mampu bangkit walaupun selepas pelbagai bencana sejak tamat ww2
saudara penah syukur dgn apa yg ada??
pernah saudara ingin bangkit bersaing ekonomi dgn cina n keling??
saudara cuma fikir dan ambil cth atas nama kuasa rakyat
kuasa apanya
saya nak tanya saudara.. islam ada x mengajar menghormati pemimpin, ulamak, mufti ??
cuba tanya ulamak @ mufti demontrasi ni bawa apa kebaikan selain keburukan??
sebelum demontrasi kerajaan dah buka jalan bincang
saya tanya saudara ada pemimpin saudara pilih jalan ini??
pasal bersih lihat sahaja apa tuntutannya semua pasal pilihan raya apa itu ???
x tersentuh pun pasal islam semuanya pasal pilihan raya
adakah saudara cuba nak mengkafirkan seseorg ?? jangan saudara kita x layak berkata begitu
kita manusia mmg banyak silap itu biasalah ...tegurlah dengan baik
saudara cuma berfikir atas faktor sendiri sahaja x berfikir untuk kerajaan asik kondem kan??
apa akan berlaku jika kerajaan sekarang diambilalih PR ambil cth DAP di P.PG mana hak melayu semua di abaikan
kalau saudara org lama saudara saudara akan tahu betapa lemah nya pimpinan PR sewaktu 1998 negara hampir terjual
pernah saudara bersyukur ??
jika tidak kita seperti indon
kenapa tuhan x turunkan bala yg amat kepada UMNO??
siapa bela org melayu skrg ??
hak istimewa bumiputera 60% lain 40% ttp mereka guna sehingga semaksima mungkin
melayu??
satu lagi brp kerat cina ngan india hadir?? waktu bersih??
dimana mereka
...ya mereka di rumah gelakkan org melayu yg buat kerja sia2
~~salam

ps..renugkan....
tanya diri engkau apa bakti kau kepada negara, jangan ditanya apa bakti negara kepada kau

Bersih 3.0said...

untuk anon 1 & anon 2. ko tgk gambar no 2 dari atas. tu mmg sesuai utk ko.

Bersih 3.0said...

Maaf, bukan anon 1 @ anon 2. tapi anon 1 & anon 3..

Anonymoussaid...

MAAF...TAPI SAYA SARANKAN ANDA BUAT KAJIAN YANG LEBIH TERPERINCI DAN MENDALAM TENTANG ASAL USUL ORANG MELAYU DAN TANAH AIR KITA...LEPAS ITU BOLEH LAH KOMEN...JANG SAMPAI KITA "MELUDAH KE LANGIT.."

Anonymoussaid...

UMNO kepunyaan orang Melayu...biar lah orang Melayu itu sendiri membetulkan nya...UMNO tak jahat hanya mereka yang dalam UMNO yang patut di tegur...Mengapa perlu minta tolong bangsa lain untuk tegakkan ketuanan MELAYU????? renung renung lah....

supirsaid...

mengapalah melayu yang ramai memenuhi stadium bkt jalil....

bukankah melayu telah dimalukan oleh Rajagobal...padahal ada Raja Ahmad!

Ambiga ada atau tidak,Lina Joy telah dimurtadkan perlembagaan yang Umno sendiri cipta bersama British...tau ke?

Ambiga wujud setelah lama Lina Joy dimurtadkan umno@apco laknatullah...kenapa dulu tak bising,lupa ke?

ya ampun!janganlah jadi melayu batak,lebih baik ibrahim katak...wallahua'lam.

Adam said...

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a : Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, “Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?” Jawab Rasulullah saw, “Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya”.

Anonymoussaid...

Definasi Melayu:

oleh orang cina - melayu pemalas
oleh orang ingeris - melayu fun loving people
oleh dunia - melayu bengap
oleh anwar ibrahim - melayu semua boleh
oleh mathadir - melayu mudah lupa
oleh Nik Aziz - tak bangga jadi melayu
oleh wan azizah - melayu perlu berubah, ikut anwar boleh main sana, sini depan belakang

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise