Wednesday, April 13, 2011

Pelan Perniagaan MLM Paling Berkesan

foto Pelan Perniagaan MLM Paling Berkesan

Strategi Perniagaan MLM Paling Berkesan

fajridil.blogspot.com - Pelan Perniagaan MLM yang paling berkesan bermula dengan memilih MLM yang sesuai dengan personaliti anda. Terkejut?

Peluang perniagaan MLM yang halal banyak terdapat di Malaysia. Namun, tak semuanya sama. Benda ni yang orang tak sedar. Ada orang boleh buat duit berjuta-juta sebulan melalui MLM, tapi belum tentu anda boleh dapat lima ringgit dengan join syarikat MLM yang sama. Sebabnya, pelan perniagaan / marketing plan MLM tersebut mungkin tak sesuai dengan jiwa anda. Akibatnya, awak keluarkan duit untuk turut serta, kemudian tak tahu nak buat apa. Selepas itu komplen MLM tu penipu hanya kerana kebodohan anda. Biasa dengar?

Lagi-lagi bila banyak MLM yang menjanjikan hidup jutawan tapi tak terangkan bagaimana untuk menjadi seorang usahawan sebelum anda bayar dan mendaftar sebagai ahli. Lepas dah berhabis duit tu barulah sedar bahawa bisnes ni bukan sekadar bayar duit dan tunggu duit masuk saja. Tapi saya fikir semua MLM pun macam tu, kerana mereka akan latih selepas anda bergabung bersama mereka. Kalau awal-awal dah cerita semua, senang-senanglah anda dapat ilmu percuma. Hehe.

Ini serba sedikit tips atau perkara yang perlu anda periksa sebelum join mana-mana MLM :

Model Perniagaan

Struktur komisyen yang akan menentukan strategi perniagaan MLM jenis macam mana yang sesuai. Sistem binary la, pyramid la, hape la, itu semua anda harus kaji. Saya anggap macam sistem makan gaji saja. Tidak mustahil untuk downline naik pangkat lebih tinggi daripada uplinenya yang asal jika performance lebih bagus. Logik lah kan?

Kemudian tengok pulak sumber utama pendapatan MLM tu. Ada yang jenis focus cari downline daripada jual barang. Tak ada betul tak ada salah. Kalau jenis agresif, cari downline mungkin lebih mudah daripada jual barang. Ada juga jenis buat duit daripada ahli yang baru join lebih banyak daripada jualan-jualan kepada orang ramai. Sekali lagi, bergantung kepada personaliti anda.

Lepas tu, bandingkan harga barang MLM dengan barang yang lebih kurang sama tapi bukan MLM. Perlu diingat, tujuan MLM ialah membawa produk terus kepada pengguna daripada kilang TANPA melaui pemborong, peruncit or supermarket. Penjimatan inilah komisen yang ejen MLM tu dapat. Tapi kalau jual ubat gigi 50ml sampai RM399 sebotol, tu dah level cekik darah. Ni yang membuatkan ejen tu yang beli sendiri untuk maintain point bulanan.

foto Pelan Perniagaan MLM Paling Berkesan

Upline yang Prihatin

Semua MLM pun bagi upline komisyen untuk setiap jualan downline mereka. Ini perkara biasa. Kalau makan gaji pun, bila kerja kita semua bagus-bagus, hampir pasti bos kita yang dapat nama dengan bonus lebih banyak walaupun sebenarnya datang daripada usaha subordinate. Bila kita jadi bos pun macamtu juga. Jadi apa beza kerja bos dengan kerja kita? Fikir sekejap…

Upline dalam MLM pun macam tu jugak. Upline bukan sahaja bertanggungjawab untuk memotivasikan downline, yang lebih penting ialah membentuk strategi jualan agar setiap downlinenya dapat untung sebanyak mungkin. Sorry, bab untung tu tak penting sangat. Tapi yang lebih penting, membuatkan downlinenya serlahkan kebolehan yang selama ini terpendam. Sebagai pulangan, downline kongsi keuntungan setiap jualan dengan upline. Sama-sama untung apa.

Upline yang berketrampilan mampu membina support-group yang hebat. Biasalah masalah sana-sini, kerja makan gaji pun banyak problem juga. Atau saya harus kata, sebab ada problem la majikan ambil kita kerja kan? Tapi support group yang kuat boleh jadi tempat segarkan minda, jiwa dan raga. Jangan terkejut bila ditanya kepada upline macam mana nak tingkatkan jualan, jawapan mereka adalah “Jangan tinggal Tahajjud dan Dhuha”.

Produk Berkualiti Tinggi

Definisi produk berkualiti adalah sangat meluas. Sampai kena tunjuk gambar doktor kepada pelanggan pun ada supaya mereka percaya produk tu bagus. Pelan Perniagaan MLM macam ni sudah tidak relevan lagi. Adakah anda tahu pelakon iklan ubat gigi sensodyne tu bukan doktor gigi?

Produk berkualiti tinggi adalah sesuatu yang anda sendiri pakai sebab memang nak pakai. bukan sebab nak kumpul point akhir bulan. Usaha promosi nak jual barangan tu boleh jadi sangat kekok kalau kita sendiri tak pakai. Alasan tak pakai sangat mudah, kita sendiri tak percaya produk tu. Sebab kita pun tak berapa nak percaya, pelan perniagaan MLM tu nampak janggal sebab nampak sangat nak duit semata. Sekali pelanggan tak percaya, selama-lamanya mereka tidak akan percaya dan melabelkan MLM adalah penipu.

Kedua, tengok apa kelebihan produk MLM tersebut berbanding produk pesaing yang lain. Antara jenis-jenis kelebihan sesuatu MLM boleh jadi sebab teknologi terkini yang dipatenkan, kadar pulangan yang paling tinggi (kalau amanah saham atau insurans), testimonial pelanggan biasa paling banyak (bukan duta produk berbayar) ataupun ansuran bulanan yang affordable. Handbag original LV dengan ansuran RM5 sebulan, siapa taknak?

Ketiga, mendapat kelulusan dari badan-badan tertentu. Contohnya kalau produk kesihatan mestilah dapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau yang seumpamanya (mungkin kementerian dari negara asal sekiranya ia produk luar negara). Bila diluluskan oleh badan tertinggi tu, tentulah lebih yakin lagi dengan produk. Bukan sebab nak habis jual semata.

Keempat, produk yang hendak dijual jikalau ia berupa pemakanan, ia perlulah Halal dan mendapat kelulusan dari JAKIM atau badan pertubuhan Islam antarabangsa yang lain seperti IFANCA. Bila dah dapat sijil halal, maka bertambah yakinlah pelanggan akan produk yang hendak dipasarkan.


**my superkid

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




4 comments:

jiwa sifar said...

ko join MLM ke?ish3.

Anonymoussaid...

encik azuwan:nape ngan MLM???

Anonymoussaid...

Kes upline bad servuce dan upline curi downline cam mane

Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Suri rumah sepenuh masa. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Marketing Coach. said...

kalo ikut pemahaman sy,apa aje bisnes yg ada marketing plan & kna taja org (Upline cari downline/cari org utk dptkn bonus @point), itulh bisnes MLM. Nk buat MLM ni kena struggle n rajin... bukn leh mgharap je duit dtg berkepuk...
Sy lebih 10 thn join MLM tp sume upline jnis pentingkn diri sendiri. Mls dh nk buat MLM... ^__^
psss... entri ni duduk 1st pg google lh. Syabas! Penerangan yg baik.

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise