Wednesday, October 21, 2009

Tips Malam Pertama

Malam Pertama

Malam pertama adalah saat yang paling dinantikan oleh setiap pasangan yang baru bergelar raja sehari. Penat lelah disiang hari akan hilang bila terbayangkan layanan yang akan diberikan oleh pasangan masing-masing.

Namun demikian tidak semua pasangan yang akan menyambut malam pertama dengan gembira, sebaliknya ada yang belum bersedia melayan pasangannya kerana takut,malu dan sebagainya.

Namun, kita juga tak boleh terburu-buru, kerana sedikit kesalahan, keindahan dan kenikmatan malam pertama akan hilang dan boleh berubah menjadi suatu malam yang menyakitkan.

Jangan kelam kabut. Malam pertama kebiasaannya akan menjadi malam yang akan diingati oleh pasangan masing-masing sehingga ke akhir hayat, maka kita harus melakukan dengan penuh kesabaran kerana kalian berdua masih dalam tempoh perkenalan antara satu sama lain.

Tidurlah secukupnya 3 hari sebelum malam pertama itu untuk mengumpulkan tenaga yang cukup dan jangan melakukan kerja-kerja yang berat.

Jagalah kesihatan sebulan sebelum hari istimewa anda. Makanlah vitamin-vitamin dan jaga makanan harian anda. Vitamin yang cukup akan membuatkan anda lebih ceria dan dapat mengelakkan kita dari diserang penyakit. Pada siang hari tersebut, jangan makan terlalu banyak. sebabnya kalau pada malam tersebut perut anda meragam, anda sendiri yang akan rugi!!

Pada malam pertama nanti pastikan pasangan anda telah bersedia dan sekiranya pasangan anda masih belum bersedia, adalah sebaiknya anda berusaha memahami perasaannya. Kerana jika dipaksa, keindahannya tidak akan dinikmati oleh anda berdua.

Wujudkan suasana yang romantik di malam pertama. Suami boleh mulakan dengan mengucapkan kata-kata romantis pada pasangannya. Isteri boleh mewujudkan suasana yang romantis dengan boleh mengenakan pakaian yang indah dan mengghairahkan.

Jangan memakan ubat yang bertujuan untuk meransangkan pasangan, lakukanlah dengan kesabaran dan penuh kasih sayang.

Pastikan mulut dan badan anda tidak berbau. Bersihkan diri anda, jangan lupa pakai wangi-wangian untuk membangkitkan ghairah pasangan. Jangan gunakan wangian yang tidak disukai oleh pasangan, kerana ini akan menghilangkan ghairah untuk "bersama".

Kurangkan Percakapan terutama hal-hal yang berkaitan dengan majlis di siang hari dan masalah-masalah yang berlaku sebelumnya. Anda haruslah memberikan fokus dan kurangkan percakapan dengan pasangan anda. Sebaiknya gunakan sentuhan,rabaan,ciuman,kucupan dan sebagainya untuk membangkitkan ghairah pasangan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




11 comments:

jiwa sifar said...

sah..mmg sah...aku nk kad jemputan..muahaha..

sharamli said...

da xsaba la tu..

sharamli said...

da xsaba la tu..

ezzati said...

nak kawen dh ke???

mat skodengsaid...

wohoo.. dah nak kawen ke member aku sorang ni.. sonyap2 ajo.. siapakah gerangannya?? biler nak khabaq beb? hehe

atok said...

ilmu ni ilmu. haha

rashdansaid...

aku pulak yg finin pale pikir mlm pertama nih. hehe

Lady D'yot said...

jgn lupa jemput sy tau..hehe

ajai said...

harap2 jadilah adik kali ni....
aku bagi sokongan moral kt ko ni.......semangat betul aku tgk blog ko ni......haaa...haa...

hairysaid...

phewit!! nak kawen dah ke? syok la ko yerk.. tahniah!!

firasaid...

tak sabo nampak.. huhuuu

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise