Sunday, February 20, 2011

Pekak Telinga

foto Pekak Telinga

Pekak Telinga

fajridil.blogspot.com - Tempat aku berniaga ni betul-betul bersebelahan dengan pentas. sebelum ini pentas tersebut terletak dibahagian hadapan dan tidak mengganggu peniaga ketika ada acara-acara di pentas. DJ nak buka sound kuat kuat-kuat pun tak ada siapa nak marah. tapi bila pentas dah dipindahkan ke bahagian dalam dan betul-betul terletak di deretan kedai-kedai, sudah tentu ia akan menganggu.

Malang bagi para peniaga berhampiran pentas termasuk aku adalah kerana DJ yang bertugas merupakan seorang yang "sound trouble" dan "spastic". kenapa aku cakap sebegitu? Sound Trouble sebab pada deria pendengaran DJ tersebut, volume speaker yang dibuka padanya adalah slow, tapi dah sangat bingit pada deria pendengaran aku dan tenant-tenant yang lain. dah berkali-kali aku tegur cara baik namun masih tidak berubah sikap DJ tersebut.

Tegur cara kasar pun dah selalu aku buat. cara sebegini agak berkesan tapi tak bertahan lama sebab tak berapa lama kemudian DJ tersebut akan membuka volume yang tinggi semula. itulah yang dikatakan "spastik'. alasan yang diberikan adalah kerana kualiti bunyi yang keluar tidak memuaskan dan menyebabkan ramai yang tidak dapat mendengar lagu-lagu yang dimainkan olehnya. padahal kalau deria pendengarannya tidak rosak, bunyi yang dibuka tersebut mampu didengari sehingga kebahagian luar bangunan. slow pejadah kalau macamtu.

foto Pekak Telinga

tapi yang menghairankan, bila DJ tersebut sedang berbual dalam handphone, pandai pula dia slow kan volume. benda tu lah yang membuatkan aku macam nak pancung saja kepala dia. bila diadukan kepada pengurus bangunan, tindakannya pun hampir serupa sebab peribadinya juga 2x5 dengan DJ ni. Masih aku ingat lagi, masa bulan puasa yang lepas, dengan muka slumber dia makan di kedai kopi cina depan khalayak ramai. bila dia ternampak muka aku, cepat-cepat dia berambus. kalau dia tak berambus, memang aku sound direct depan orang ramai. nasib baik dia awal-awal dah angkat kaki. celaka punya orang.

berkenaan dengan pentas, bila ada acara nyanyian tu dahlah memekak, yang menyanyi tu macam celaka lah pulak. tak kiralah melayu, cina, india, vietnam, filipina semuanya sama. perasan suara mereka sedap sangat. terpekik telolong macam orang gila. selalunya mereka akan syok sendiri sebab kerusi penonton didepan mereka selalunya akan kosong. yang menyedihkan, bila bangsa melayu yang membuat persembahan. standard la bila naik pentas, mesti bagi salam kan. nak bagi salam tu sebutlah betul-betul. ni tidak, bagi salam macam haram jadah. Asmekom, semekom. Apa salahnya sebut betul-betul dengan jelas, Assalamualaikum. orang yang dengar ucapan tersebut pasti senang hati nak membalas salam tersebut. bila sebut macam sial, orang yang dengar pun macam nak lempang saja pemberi salam tersebut. bila nyanyi terpekik telolong pandai pula sebut betul-betul liriknya.

itu saja aku nak cerita kali ini. nak cerita panjang-panjang, telinga tengah pedih, hati pun sedang terbakar sebab ada pertandingan nyanyian lagu melayu di pentas ketika aku menaip ni. hmmm..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise