Tuesday, February 22, 2011

Faedah Penyakit dan Hikmah Adanya Penyakit

foto Faedah Penyakit dan Hikmah Adanya Penyakit

Faedah Penyakit dan Hikmah Adanya Penyakit

fajridil.blogspot.com - Orang yang terkena penyakit sama ada dari sihir, dari tumbuhan, dari haiwan, dari cara pemakanan mahupun dari bakteria itu sebenarnya adalah ujian Allah dan bukanlah kerana hatinya busuk, kotor dan iman tahap rendah serendah-rendahnya. Bak kata ulama habib waliullah terkenal, "aku rindu pada demam kerana aku tidak pernah kena demam selama 3 tahun".

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya besarnya pahala itu setimpal dengan kekuatan ujian. Sesungguhnya Allah, sekiranya Dia cinta kepada sesuatu kaum Dia akan menguji mereka. Sesiapa yang redha akan mendapat keredhaan dan sesiapa yang marah akan mendapat kemurkaan.” H.R al-Tirmidhi – Hukumnya Sahih (Sahih al-Jami’No. 992)

Ibn Qayyim rahimahullah berkata:
“Sekiranya kita boleh menggali hikmah Allah yang terkandung dalam ciptaan dan urusanNya, maka tidak kurang dari seribu hikmah. Namun akal kita sangat terbatas, pengetahuan kita terlalu sedikit dan ilmu semua makhluk akan sia-sia jika dibandingkan dengan ilmu Allah, sebagaimana sinar lampu yang sia-sia di bawah sinar matahari….”

foto Faedah Penyakit dan Hikmah Adanya Penyakit

HIKMAH PERTAMA: Menghapuskan Dosa dan Kesalahan
(1) Allah S.W.T berfirman:

Maksudnya: Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu). (As-Syuraa: 30)

(2)Rasulullah S.A.W bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذَىً مِنْ مَرَضٍ فَمَا سِوَاهُ، إِلّ حَطّ اللّهُ بِهِ سَيّئَاتِهِ، كَمَا تَحُطّ الشّجَرَةُ وَرَقَهَا
Maksudnya: Tidaklah seorang muslim ditimpa musibah satu penyakit atau yang sejenis dengannya, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan
daun-daunnya.”(HR al-Bukhari No 5539 dan Muslim No. 6511)

(3)Rasulullah S.A.W bersabda:
مَا يُصِيْبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَ وَصَبٍ وَلَ هَمّ وَلَحُزْنٍ وَلَ أَذًى وَلَ غَمّ حَتّ الشّوكَةِ يُشَاكُهَا إِلّ كَفّرَ الُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
Maksudnya: “Tidaklah seorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahaan, kesedihan, gangguan dan kegelisahan sehinggalah duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari dosa-dosanya”(HR al-Bukhari No 5514)

foto Faedah Penyakit dan Hikmah Adanya Penyakit

HIKMAH KEDUA: Ditulis Pelbagai Kebaikan dan Ditinggikan Darjat.
(1)Rasulullah S.A.W bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُشَاكُ شَوْكَةً فَمَا فَوْقَهَا، إِلّ كُتِبَتْ لَهُ بِهَا دَرَجَةٌ، وَمُحِيَتْ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةٌ
Maksudnya: Tidaklah seorang mukmin tertusuk duri atau lebih dari itu melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu darjat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”(HR Muslim, No 6513)

HIKMAH KETIGA: Jalan Menuju Syurga
(1)Rasulullah S.A.W bersabda:
حُفّتِ الْجَنّةُ بِالْمَكَارِهِ. وَحُفّتِ النّارُ بِالشّهَوَاتِ
Maksudnya: Syurga itu dikelilingi dengan hal-hal yang tidak disukai dan neraka itu dikelilingi dengan perkara-perkara syahwat. (HR Muslim, No 7079).

HIKMAH KEEMPAT: Terselamat Dari Api Neraka

(1) Rasulullah S.A.W bersabda:
لَ تَسُبّي الْحُمّى فَإِنّهَا تُذْهِبُ خَطَايَا بَنِيْ آدَمَ كَمَا يُذْهِبُ الْكِيْرُ خَبَثَ الْحَدِيْدِ
Maksudnya: Janganlah kamu mencaci maki penyakit demam, kerana sesungguhnya dengan penyakit itu Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran (karat) besi. (H.R Muslim)

HIKMAH KELIMA: Mengembalikan Hamba Kepada Allah dan Mengingati Kelalaiannya.
(1) Allah S.W.T berfirman:
Maksudnya: Dan Sesungguhnya kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat yang sebelum kamu, Kemudian kami siksa mereka dengan (menimpakan) kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri. (Al-An’am:42)

HIKMAH KEENAM: Mengingati Nikmat Allah Yang Lalu dan Yang Ada.
(1) Allah S.W.T berfirman:
Maksudnya: Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Ibrahim: 7)

HIKMAH KETUJUH: Mengingati Saudara-Saudara Kita Yang Sakit.

foto Faedah Penyakit dan Hikmah Adanya Penyakit

HIKMAH KELAPAN: Menyucikan Hati Dari Pelbagai Macam Penyakit.

HIKMAH KESEMBILAN: Agar Orang Yang Diuji Beristighfar.
(1) Rasulullah S.A.W bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطّهُوْرَ ثُمّ يَقُوْمُ فَيُصَلّيْ رَكْعَتَيْنِ ثُمّ يَسْتَغْفِرُ الَ إِلّ غَفَرَ الُ لَهُ
Maksudnya: Tidaklah seorang hamba melakukan satu dosa, lalu dia memperbaiki wudhu’nya kemudian berdiri lalu salat dua rakaat, kemudian meminta ampunan Allah, melainkan Allah mengampuninya. (Hadith Riwayat Ahmad. Dihukum Sahih dalam kitab sahih al-Targhib wa al-Tarhib No.1621)

Kemudian baginda Rasulullah S.A.W membacakan ayat ini:
Maksudnya: Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan kejiatau menganiaya diri sendiri 2, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka Mengetahui. (Al-Quran, Ali Imran: 135)

HIKMAH KESEPULUH: Penyakit dan Musibah Adalah Nikmat dan Anugerah.
....وَإِنْ كَانَ أَحَدُهُمْ لَيَفْرَحُ بِالْبَلَءِ كَمَا يَفْرَحُ أَحَدُكُمْ بِالرّخَاءِ.
Maksudnya: “…salah seorang daripada mereka benar-benar merasa gembira mendapat ujian, sebagaimana salah seorang daripada kalian merasa gembira mendapat kelapangan (kesenangan). (Hadith Riwayat Ibn Majah – dihukum Sahih dalam kitab Sahih Ibn Majah No. 4014).

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




2 comments:

Cik Teddy said...

cik mohon copy yerk!thanks...

Nur Ezqy said...

Salam pada semua...
Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

Harga serendah RM1.00/pcs.

Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

terima kasih admin

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise