Sunday, December 26, 2010

Gempak Astro Revo Taman Bandar Pasir Gudang

foto Gempak Astro Revo

Gempak Astro Revo Taman Bandar Pasir Gudang

fajridil.blogspot.com - Seperti mana yang diwar-warkan di media massa dan juga melalui iklan-iklan dan juga bunting di hampir seluruh kawasan di kawasan Pasir Gudang dan Johor Bahru, Gempak Astro Revo 2010 akan berlangsung di Taman Bandar Pasir Gudang, Johor pada hari Ahad, 26 Disember 2010. Bagi penduduk kawasan sekitar Pasir Gudang, Taman Bandar Pasir Gudang tersebut lebih dikenali sebagai "Tasik" atau "Bukit Layang-Layang" Pasir Gudang. Lokasinya bersebelahan dengan Masjid Jamek Pasir Gudang dan Litar Pasir Gudang.

Malam tadi sesudah pulang dari kerja, aku bersama isteri saja ronda-ronda dikawasan Taman Bandar Pasir Gudang tersebut untuk melihat kalau-kalau ada apa-apa program yang berlangsung disitu. Tepat seperti dijangka, upacara rehearsal sedang dilangsungkan. pengunjung yang datang juga agak ramai. Aku sebenarnya malas nak menyaksikan acara-acara hiburan sebegini, tetapi isteri ku teringin pula untuk melihatnya bagi menyaksikan para artis membuat persembahan.

foto Gempak Astro Revo

Ketika aku sampai jam 11.10 malam, Alam Band sedang membuat persembahan. kemudian Ana Raffali, Taufik Batisah, Zahid. Sebelum itu artis-artis lain yang membuat rehearsal adalah seperti Adira, Hazama, Meet Uncle Hussain dan ramai lagi. Zainal Alam Kadir dan Lisa Surihani pula menjadi pengacara untuk mengendalikan majlis Gempak Astro Revo 2010 ini.

Difahamkan artis-artis top lainnya seperti Amy Search, Faizal Tahir dan Victor tidak membuat rehearsal untuk memberi kejutan kepada pengunjung.

Ramai para jejaka yang berkumpul di tempat Lisa Surihani berada. Ternyata ramai penggemar beliau di Pasir Gudang ini. Isteri aku cakap Lisa Surihani ni cute dan cantik orangnya. Pada aku pula, Lisa Surihani ni cantik tapi tak ada lah cantik sangat. Biasa-biasa saja. Sama macam perempuan lain juga. Yang membezakan, beliau artis dan dapat banyak publisiti. Itu saja.

Jadi kepada warga-warga Pasir Gudang, Johor, Singapura dan Malaysia yang ingin menyaksikan pelbagai aktiviti sepanjang Gempak Astro Revo 2010 ini, bolehlah berkunjung ke Taman Bandar Pasir Gudang pada 26 Disember dari jam 9.00 pagi sehingga 03.00 pagi 27 Disember 2010.

Berikut adalah Jadual dan Senarai Acara Gempak Astro Revo 2010 :


KUNJUNGI GEMPAK ASTRO DI LOKASI BERHAMPIRAN ANDA!
Tarikh Lokasi
26 Dis Taman Bandar Pasir Gudang, Johor
Senarai Acara :
Masa Aktiviti Lokasi
9.00 pg Karnival Gempak Astro Bermula Khemah GSA
9.30 pg - 10.30 pg Pertandingan mewarna GSA Khemah GSA
Demonstrasi Bolasepak - 'Dr. Freestyler' Kawasan Karnival
Interaktif 'WII Game' Khemah GSA
10.00 pg- 4.00 ptg Pertandingan Futsal MPPG Kawasan Karnival
10.30 pg - 11.00 pg DJ Sukaneka/ Sesi Soal Jawab Khemah GSA
Anda Ada 60 Saat Khemah GSA
11.00 pg - 11.30 tgh Pertunjukan 'Stomper Show' Khemah GSA
11.30 pg -12.00 tgh Bengkel Kaligrafi bersama Ustaz Dinie Khemah GSA
Pertandingan Gusti Tangan Khemah GSA
12.00 tgh - 12.30 tgh TVIQ - Sesi "Mad Science" Khemah GSA
11.30pg -12.30 tgh Aktiviti 'Disney Fun Games' Khemah Disney
Aktiviti Discovery Khemah Discovery
Sesi Popcorn percuma Khemah GSA
12.30 tgh - 1.00 tgh Anda Ada 60 Saat Khemah GSA
1.00 tgh - 1.30 tgh Solat Zohor
1.30 tgh - 2.00 ptg DJ Sukaneka/ Sesi Soal Jawab Khemah GSA
Pertandingan Menimbang Bola - 'Dr Freestyler' Kawasan Karnival
Pertandingan Gelecek Bola - 'Dr Freestyler' Kawasan Karnival
Sesi Popcorn percuma Khemah GSA
2.00 ptg - 3.00 ptg Aktiviti 'Disney Fun Games' Khemah Disney
Aktiviti Discovery Khemah Discovery
Pertandingan Ka-REVO-k Pentas Mini
Anda Ada 60 Saat Khemah GSA
Aktiviti Dj dan Soal Jawab bersama Alicia & Tok Wan Khemah GSA
3.00 ptg - 3.30ptg TVIQ - Sesi "Mad Science" Khemah GSA
3.30 ptg - 4.00 ptg Bengkel Melukis Kartun bersama Ustaz Dinie
Khemah GSA
3.00ptg - 4.00ptg Pertunjukan Fesyen 1 Malaysia Pentas Mini

Henna & Karikatur Khemah GSA
4.15 ptg - 4.45 ptg Solat Asar
4.45 ptg - 5.15 ptg Anda Ada 60 Saat - Final Pentas Mini
5.00 ptg - 5.30 ptg Henna & Karikatur
Khemah GSA
Sesi Beramah Mesra bersama Artis Gempak Pentas Mini
Demonstrasi Bolasepak - Dr. Freestyler Kawasan Karnival
Bengkel dan pertunjukan 'Stomper Show' Kawasan Karnival
5.30 ptg - 7.00 ptg 'Gempak Showcase' Pentas Mini
Penyampaian Hadiah Pertandingan Futsal Pentas Mini
Penyampaian Hadiah Anda Ada 60 Saat Pentas Mini
6.00 ptg - 6.30 ptg Sesi Popcorn percuma Khemah GSA
6.00 ptg - 7.00 mlm Henna & Karikatur Khemah GSA
6.30 ptg - 7.00 mlm Aktiviti 'Disney Fun Games' Khemah Disney
Aktiviti Discovery Khemah Discovery
Demonstrasi Bolasepak - 'Dr. Freestyler' Kawasan Karnival
7.00 mlm – 8.00 mlm Solat Maghrib / Indahnya Iman Astro Oasis
8.00 mlm - 9.00 mlm Interaktif bersama artis-artis Gempak Pentas Utama
9.00 mlm - 11.30 mlm KONSERT GEMPAK ASTRO Pentas Utama

Siaran Langsung :
12.00 mlm - 2.30 pg Siaran Langsung BPL Pentas Utama
3.00 pg Bersurai


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise