Tuesday, October 19, 2010

Filem Hina Islam Di Pasaran Malaysia

foto From Paris With Love - Filem Hina Islam


Filem Hina Islam Di Pasaran Malaysia

fajridil.blogspot.com - Kelmarin, sementara menunggu bas yang saya akan naiki untuk pulang ke Terengganu, saya sempat menonton sebuah filem di rumah abang saya di ibu kota. Filem tersebut berjudul “From Paris With Love”.

Adegan Hina Islam

Baru beberapa minit menontonnya, tampak jalan ceritanya sama seperti filem box-office sebelum ini yang berjudul "B13". Misi agen perisik menyelamatkan negara.

foto B13 - Filem Hina Islam

"B13" menyelitkan sedikit unsur penghinaan kepada Islam apabila orang Islam dilakonkan sebagai salah satu kelompok minoriti mafia yang terlibat dengan dadah. Tetapi, filem “From Paris With Love” menyajikan penghinaan yang lebih dahsyat iaitu Muslim sebagai pengganas dan Islam agama yang menyeru kepada keganasan.

Pada permulaan cerita, watak utama, Wax yang dilakonkan oleh John Travolta sudah mengetengahkan imej menghina Islam. Kononnya, cuba menyamar sebagai salah seorang anggota mafia dengan memakai serban di tengkuk. Ironinya, ini adalah satu agenda yang ingin mendidik minda manusia bahawa pemakaian serban adalah lambang mafia dan pengganas.

Saya cukup terkejut dengan perkembangan plot cerita ini kerana secara keseluruhannya menghina Islam dari awal hingga ke penghujung jalan cerita. Kumpulan Islam adalah kumpulan pengganas yang menjadi musuh utama dalam filem ini.

Orang Asia berbangsa Cina ditonjolkan sebagai kumpulan yang dipergunakan oleh kumpulan pengganas. Kumpulan pengganas menjual dadah kepada mereka sedangkan keuntungan jualan digunakan untuk membeli senjata bagi menjalankan kegiatan kumpulan pengganas Pakistan/Islam tersebut.

Dinding bangunan sarang 'pengganas' dipenuhi dengan kalimah-kalimah yang agung; Allah, La ilaha illallah, Muhammad dan sebagainya.

Watak yang dilabel pengganas kononnya adalah orang Pakistan beragama Islam. Turut dikaitkan sebagai sarang pengganas adalah negara Lubnan.

Dalam satu adegan, salah seorang watak utama, James Reese (Jonathan Rhys Meyers) mengacukan pistol kepada ‘pengganas’. Si pengganas yang telah mengangkat tangannya secara tiba-tiba mendekatkan diri dan memasukkan pistol yang diacukan tersebut ke dalam mulutnya. Kemudian, menarik picu pistol dan sempat mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum melepaskan picu pistol sehingga hancur kepalanya.

Kemudian, seorang ketua kumpulan pengganas membawa kereta yang diisi bom dari arah yang bertentangan dengan kereta yang dinaiki oleh delegasi dari Amerika Syarikat yang sedang dalam perjalanan untuk menghadiri satu persidangan di Paris. Kononnya merancang untuk membuat aksi pengebom kereta berani mati. Watak-watak pengganas semuanya memegang nama-nama Arab/Islam seperti Rasyid dan sebagainya.

Akhirnya, satu rahsia terbongkar. Bekas kekasih Reese, Caroline kononnya menganut agama pengganas dan merancang untuk meletup diri dalam persidangan yang bakal berlangsung. Dia hadir dengan berpakaian seperti seorang Muslimah. Reese memujuknya agar meninggalkan agama yang merosakkannya yang menjanjikan ketenangan yang palsu. Akhirnya Reese terpaksa menembak mati kekasihnya sebelum sempat Caroline menekan butang bagi meletupkan diri.

Kesal

Saya dan abang saya amat terkilan dan terkejut, bagaimana sebuah filem yang penuh dengan adegan penghinaan kepada Islam ini boleh berada dalam pasaran negara. VCD yang dibeli adalah asli keluaran Speedy Video dengan tertera tag KDNHEP dan tentunya kebenaran FINAS.

Bagaimana penapisan filem di Malaysia gagal mengesan sedangkan keseluruhan filem dipenuhi agenda menghina Islam dari awal hingga akhir? Sensitiviti agama sangat jelas dimainkan.

Filem ini sudah pun mula memasuki pawagam di Malaysia sejak 25 Februari 2010! Malangnya, tiada bantahan dan tiada suara Islam yang ke hadapan untuk membela Islam daripada penghinaan ini. Jelas, inilah mentaliti majoriti penonton hanya asyik menonton dan buta agama, tidak memahami mesej penghinaan yang sengaja dicipta. Aduh, betapa besarnya malapetaka ini jika ditonton oleh orang yang tiada pendirian agama yang teguh. Filem ini juga mungkin menimbulkan sangsi dan fenomena Islamophobia di kalangan masyarakat majmuk pelbagai bangsa dan agama di negara ini.

Berdasarkan carian saya melalui Google, belum ada apa-apa tindakan mahupun bantahan yang serius daripada mana-mana pihak. Hanya ada segelintir penggemar filem yang memberi komen biasa, penilaian mereka terhadap tahap filem ini dan hanya sedikit yang terperasan adanya unsur sengaja menghina Islam.

Saya menyeru kepada semua pihak yang mencintai agama Islam yang suci dan aman ini untuk bangkit, menyatakan bantahan dan membela isu penghinaan ini agar keharmonian negara ini tidak terjejas dan Islam tidak dihina sewenang-wenangnya di peringkat antarabangsa. Saya juga meyeru kepada pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pengedaran filem ini. Tidak lupa juga, marilah kita memanjatkan doa kepada Allahu Subhanahu Wa Ta’ala agar pihak penerbit dan musuh yang menghina Islam ini dibalas dengan azab yang pedih. Sebarang komen dan maklumat berhubung filem ini amatlah saya alu-alukan. Syukran.

Wallahua’lam.

wiraislam

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




2 comments:

Anonymoussaid...

finas bodoo

Anonymoussaid...

hmmm....rasenye ko pun bodoh....ko terlalu buta utk menyedari akan kewujudan pengganas islam seperti Amrozi di Indonesia dan pengebom berani mati yang bersepah kat arab nun...dorg tu kafir ke kawan?? dorg tu sume ISLAM tau...sembah Allah yang satu...tp dorg tetap PENGGANAS! ko je yg tanak mengaku bahawa mmg WUJUD pengganas beragama islam mcm dalam cerita ni..bukalah minda...tak semua oang ISLAM,yg pandai mengucap kalimah ALLAH tu BAIK!! fikirla siket..ko nak kate ape kat pengebom berani mati tu? mati syahid?? ko tunjuk kat aku Sirah ape or ayat ape dalam Al-Quran yang mengHALALkan perbuatan dorg tu??? membunuh diri tu pun da kompom2 tUHAN JANJIKAN MASUK NERAKA TAU!! nasihat aku..ko jangan terlalu cetek dalam menilai sesuatu...muhasabah diri n terimalah HAKIKAT sebenar kehidupan..jangan terus menidakkan perkara yang BENAR2 berlaku...igt, TUHAN maha mengetahui..lebih dari ape yg kau ketahui...Assalammualaikum.

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise