Wednesday, July 14, 2010

ESQ - Haram atau Halal?

foto ESQ Leadership


ESQ - Haram atau Halal?

fajridil.blogspot.com - Mengenai isu ESQ Leadership yang sedang diperkatakan sekarang ini, aku sendiri jadi terpinga-pinga akan isu ini.

Apa itu ESQ?

Dari hasil carian aku di internet, dapatlah aku rungkaikan apa itu ESQ.
ESQ = Emosional Spritual Quetient adalah adalah lembaga training membentuk ciri kepemimpinan yang dianjur dan dikendalikan oleh ESQ Leadership Centre. ESQ merupakan gabungan emotional, spriritual dan quontient, iaitu kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual. Bapak Ari Ginanjar selaku pencetus konsep ESQ, mencuba menggabungkan antara kecerdasan intelektual (IQ), kecerdasan emotional (EQ), dan kecerdasan spritual (SQ) dalam satu konsep yang saling terintergasi yang disebut ESQ. Di dalam konsep ESQ, semua manusia mempunyai intelektual dan emosional, tapi kedua-dua hal tersebut tidak sempurna jika tidak disatukan dengan kecerdasan spriritual.

Dengan ESQ, kita sebagai manusia mengakui adanya Tuhan dengan segala kebesaranNya dan boleh diimplementasikan dalam kehidupan seharian. Ini merupakan konsep psikologi (religius) yang mengakui adanya Tuhan, yang berbeza dengan konsep psikologi Barat yang hanya mengutamakan intelektual (rasio) dan emosional.

Fatwa ESQ Haram?

Mufti Wilayah Persekutuan isytihar modul motivasi seleweng akidah, syariat Islam

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program motivasi anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) yang sudah disertai lebih 65,000 orang termasuk orang kenamaan, tokoh agama dan korporat serta pegawai kerajaan kerana ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

Muftinya, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, menandatangani warta yang mengharamkan modul program motivasi itu pada 10 Jun lalu mengikut subseksyen 34 (1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1953, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.

Mengikut warta yang dikeluarkan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 17 Jun lalu, program ESQ yang diasaskan warga Indonesia, Ary Ginanjar Agustin, diharamkan kerana mendukung fahaman liberalisme, iaitu memahami atau mentafsir nas agama (al-Quran dan sunnah) dan fahaman pluralisme yang mengajar semua agama adalah sama. Mengikut warta itu, kedua-dua fahaman itu adalah sesat dan membawa kepada kekufuran.

Ciri penyelewengan lain adalah;

* Mendakwa semua nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian;
* Menyamakan bacaan al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang Islam dengan amalan Bushido oleh orang Jepun yang berteraskan ajaran Bud-dha;
* Mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dan Islam;
* Menekankan konsep suara hati sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik atau buruk sesuatu perbuatan;
* Mentafsirkan makna kalimah syahadah dengan triple one. Ini adalah tafsiran bidaah dan sesat; dan
* Mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima akal dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logik.

Menurut warta itu, dakwaan semua nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian bercanggah dengan akidah Islam mengenai nabi dan rasul. Mengikut akidah ahli Sunnah Wal Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah pilihan Allah SWT semata-mata dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan, manakala konsep suara hati adalah ajaran paling suci dalam agama Kristian.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir ketika diminta mengulas perkara itu berkata, kerajaan melalui agensinya kini memantau program berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan.

Sehingga kini hanya Wilayah Persekutuan mengeluarkan fatwa itu dan negeri lain belum membuat sebarang tindakan. Bagaimanapun, pihak yang bertanggungjawab seperti mufti dan Jakim akan membuat siasatan terhadap syarikat ini, katanya ketika ditemui selepas meninjau tapak projek surau Kampung Limau, Pantai Dalam dan tapak cadangan Masjid Tun Rahah, Kerinci,semalam. BHARIAN


Majlis Fatwa benarkan kursus ESQ Leadership?

Kursus ESQ boleh dilaksanakan, tapi dipantau

Muzakarah khas jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) bagi hal ehwal agama Islam Malaysia memutuskan kursus ESQ Leadership Training boleh dilaksanakan di negara ini.

Pengerusinya, Tan Sri Datuk Abdul Shukor Husin berkata, bagaimanapun ia harus dilaksanakan di bawah pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah ESQ yang direstui Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

Katanya, keputusan itu dibuat setelah muzakarah yang bersidang pada 16 Jun lalu berpuas hati dan berpandangan bahawa kebanyakan unsur keraguan dalam kursus itu boleh diperbetul dan diperjelaskan.

Abdul Shukor berkata MFK juga akan terus memantau program motivasi anjuran ESQ Leadership Training Sdn Bhd dari masa ke semasa dan panel syariah syarikat itu dikehendaki mengemukan laporan kepada majlis tersebut.

"Sekurang-kurangnya (mesti sedia laporan) setiap tiga bulan kerana kita bersidang dalam tempoh itu," kata Abdul Shukor.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat Jakim, Abdul Shukor berkata, pihaknya memberikan kepercayaan penuh kepada panel syariah ESQ kerana anggotanya terdiri daripada tokoh yang berwibawa dan tidak berkepentingan.

Panel syariah ESQ yang diketuai mantan pengarah Jakim itu dianggotai bekas-bekas mufti daripada Johor, Kedah dan Wilayah Persetuan sendiri.

Abdul Shukor juga menjelaskan selepas tujuh kali bersidang sejak April tahun lalu, MFK telah menemui beberapa unsur keraguan yang perlu diperbetul dan diperjelas.

Tambahnya, perkara itu merangkumi penggunaan muzik tertentu, konsep suara hati dan "konsep 165".

Bagaimanapun, setelah mendengar penjelasan daripada ESQ dan pandangan daripada mufti-mufti - lapan daripadanya didakwa pernah mengikutinya sendiri - MFK membuat keputusan bahawa ia boleh terus dilaksanakan.

"Ramai orang sudah terlibat. Saya lihat dalam TV, Era Fazira pun pergi," katanya disambut gelak ketawa pemberita, termasuk daripada Indonesia.

Bagaimanapun, Abdul Shukor menegaskan, pihaknya menghormati fatwa pengharaman yang dikeluarkan daripada pejabat mufti Wilayah Persekutuan itu.

"Sepertimana yang termaktub dalam undang-undang, kuasa mengeluarkan fatwa adalah terletak bawah bidang kuasa negeri," katanya.

"Muzakarah menghormati fatwa yang dikeluarkan oleh negeri-negeri termasuklahfatwa mengenai ESQ yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan," katanya.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh pada minggu lalu menandatangani warta yang mengharamkan program motivasi ESQ mengikut subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan 1953), selepas perbincangan dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.

Mengikut warta yang dikeluarkan, ia diharamkan kerana mendukung fahaman liberalisme, iaitu memahami dan mentafsir nas agama dan fahaman pluralisme yang mengajar semua agama adalah sama. MALAYSIAKINI


Pandangan dan Ulasan dari Ustaz Zaharuddin Mengenai isu ESQ

Disebabkan ulasan yang diberikan oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman mengenai isu adalah amat panjang lebar, maka adalah lebih baik dibaca ulasannya di website beliau sendiri.. sila klik -->> www.zaharuddin.net Bahagian 1 dan www.zaharuddin.net Bahagian 2 untuk membaca penjelasan beliau yang amat berguna.


Ulasan Aku (berdasarkan ikut suka hati dan pemikiran yang tidak ilmiah)

Setelah aku membaca dari website, blog dll mengenai isu ESQ ini, secara peribadi aku ingin menyatakan bahawa :

1) kursus sebegini bermotifkan keuntungan untuk penganjur kerana untuk mengikuti kursus tersebut, wang yang perlu dibelanjakan adalah besar iaitu lebih RM1000.

2) terdapat banyak salah faham akan pengisian kursus tersebut sehingga boleh merosakkan akidah kepada muslim yang lemah pengetahuan agamanya.

3) pihak Mufti tidak sependapat akan hukum ESQ ini. maka jelas bahawa ada unsur yang membahayakan disitu.

4) Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan kursus ESQ Leadership Training boleh dilaksanakan di Malaysia. akan tetapi ia harus dilaksanakan di bawah pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah ESQ yang direstui Jabatan Kemajuan Islam (Jakim). maka pada pendapat aku secara peribadi, memang ada unsur-unsur yang boleh merosakkan akidah sehingga kursus tersebut perlu pengawasan sepenuhnya oleh Jakim. jika tidak membahayakan akidah, apa perlunya pengawasan tersebut?


Itu sahaja ulasan aku untuk kali ini. nak ulas lebih-lebih, aku sendiri pun belum pernah menghadiri kursus ESQ tersebut.. sekian...







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




2 comments:

Anonymoussaid...

salamalaik ya akhwat fillah,
sila layari :

http://marhainiyusoff.blogspot.com/

syukran,
wassalam

Anonymoussaid...

Assalamu'alaikum...

Buat julung kalinya dibawakan ke Malaysia!

ESQ Parenting Seminar
"Better Parenting for a Better World"

Pada 10/10/10 (Ahad)
di SACC, Shah Alam
akan dibawakan khas oleh Pengasas Model ESQ, Dr.(H.C.) Ary Ginanjar Agustian..
(Penerima pelbagai anugerah dalam bidang pembangunan dan pembentukan karakter)

Harga : RM740
Promosi : RM1180 utk suami&isteri (2 org) - terhad hanya untuk pasangan sahaja
Untuk : Ibu, bapa, bakal ibu, bakal bapa, pendidik dan mereka yang berumur 18 tahun keatas dan yang ingin mengenali dan mengeluarkan potensi fitrah manusia yang luar biasa.

Apa yang akan anda dapati dari seminar ini ialah :

(i.) Fahami peranan & tanggungjawab sebenar sebagai ibubapa yang menjadi faktor utama pembentukan dan perkembangan personaliti anak.
(ii.) Ketahui bagaimana cara untuk mendorong kecemerlangan karakter & potensi diri anak yang mungkin selama ini tanpa disedari kita telah menghalang anugerah Yang Maha Esa ini pada mereka.
(iii.) Pendidikan anak tidak cukup hanya sekadar intelektual, maka singkaplah bagaimana cara untuk mencemerlangkan sumber emosi dan spiritual anak
(iv.) Penyatuan perbezaan pasangan dalam mendidik anak.

''Berikan yang terbaik buat permata hati.. Ibubapa cemerlang dambaan setiap insan''

Untuk pendaftaran dan informasi lebih lanjut tentang training ESQ, sila hubungi ESQ di talian: (03) 7728 1650 / 7725 1651,

Terima kasih.

Wassalam..

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise