Monday, July 19, 2010

Bomoh dan Perdukunan Hukumnya Haram!

foto Bomoh dan Perdukunan Haram Hukumnya


Amalan Bomoh dan Perdukunan Hukumnya Haram!

fajridil.blogspot.com - Majlis Fatwa Mathla’ul Anwar dalam muktamar ke-13 di Serang, Banten, Indonesia pada Ahad (18/7/2010), mengeluarkan fatwa mengenai spiritual, paranormal, tayangan mistik, dan nikah siri.

Fatwa tersebut dibacakan oleh Endang Saeful Anwar Lc MA dan Ketua Majelis Fatwa Mathla’ul Anwar (MA). Dinyatakan, segala bentuk amalan perdukunan (kahanah) dan "orang pandai" (iraafah) hukumnya haram.

foto Bomoh dan Perdukunan Hukumnya Haram!


Dinyatakan juga, mempublikasikan amalan perdukunan dan peramalan, dalam bentuk apa pun, hukumnya haram. Selain itu, memanfaatkan, menggunakan, dan atau memercayai segala amalan perdukunan dan ramalan, hukumnya juga haram.

"Al kahin (dukun) adalah orang yang menceritakan (mengkhabarkan) kejadian masa lalu atau yang akan datang dan mengaku memiliki pengetahuan tentang rahsia dan hal-hal yang terkait dengan ilmu ghaib," kata Endang Saeful ketika membacakan fatwa itu di hadapan muktamirin MA.

Disebutkan, al arraf adalah orang yang mengetahui berita atau kejadian pada masa akan datang yang berkaitan dengan keghaiban. Berhubung dengan hal itu, majlis fatwa mencadangkan agar pihak yang berkenaan tidak melakukan amalan perdukunan (bomoh).

Media massa dinasihatkan agar menyaring dengan lebih teliti tayangan yang mengandungi unsur syirik atau menyekutukan Tuhan.

Nikah Siri

Berkenaan dengan nikah siri, majlis fatwa MA menyatakan bahawa pernikahan yang cukup semua syarat dan rukunnya, tapi tak dilaporkan pada pihak berkuasa (pejabat agama), pernikahan tersebut tetap sah.

Namun, mengikuti pendapat standard dalam Islam, hukum untuk pernikahan siri yang tanpa wali atau saksi adalah haram.

Pengubatan

Majlis mengeluarkan fatwa mengenai pengubatan dengan kaedah spiritual. Teknik spiritual yang dimaksudkan adalah pengubatan penyakit dengan menggunakan doa yang wirid (berasal) dari ayat Al Quran dan sunah (ma’tsurat) dan menggunakan bahasa yang boleh difahami.

Pengubatan dengan cara itu hukumnya adalah mubah (boleh). Namun, jika menggunakan bahasa yang tidak difahami, maka hukumnya haram. Juga jika pengubatan spiritual mengandungi unsur syirik, maka hukumnya pun haram.

Fatwa berikutnya berkenaan dengan metafizika, mistisisme, dan tayangan cerita dan filem seram. Metafizika adalah sesuatu yang berkaitan di luar alam nyata (dunia). faham yang memberikan ajaran mistik (rahsia) atau ajaran bersifat rahsia, tersembunyi, sehingga ajaran ini hanya dapat diketahui orang tertentu saja.

Berkenaan dengan hal ini, Islam mengakui alam di luar alam dunia yang disebut alam ghaib, bahkan wajib diimani kebenarannya. Namun, jika metafizika dan mistisisme dalam erti mempercayai kekuatan tertentu selain kekuatan Allah, maka mempelajarinya adalah haram.

Tayangan cerita dan filem, kerana dikhawatirkan akan memberikan kesan tahayul dan syirik, hukumnya juga haram.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise