Monday, December 14, 2009

Aku Yang Bersalah

foto nama artis mp3 judul lagu

aku jarang-jarang buat keputusan sebelum melakukan solat hajat dan istikharah terlebih dahulu. bukan apa, kita tak tau samada keputusan kita itu baik untuk kita ataupun tidak dan juga demi memudahkan segala urusan agar menjadi lancar dan menyenangkan hati.

tapi entah kenapa kali ini aku boleh terlupa untuk berbuat sedemikian. akhirnya, segalanya jadi kacau bilau, berantakan, huru hara dan lain-lain lagi. tapi aku tenang menghadapi kerana aku tahu ini adalah kesalahan dari diri aku sendiri. aku yang membuat keputusan, jadi aku yang harus bertanggungjawab.

selepas ini, aku harus mengingatkan diri aku sendiri bahawa jangan sekali-kali membuat keputusan mengikut emosi tanpa berbincang terlebih dahulu dan jangan lagi terlupa solat hajat dan istikharah sebelum bertindak. apa yang sudah terjadi, aku jadikan sebagai pengajaran berguna. setiap yang berlaku ada hikmahnya. untuk akan datang, jangan diulangi lagi kesilapan ini..



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




1 comments:

wawa pucca said...

buat istikharah

sgt membantu :)

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise