Saturday, November 28, 2009

Kepala Otak Kau Lah !!

speaker haram jadah atas kedai aku


aku bengang betul dengan pasaraya tempat aku berniaga ni. kat mana lagi, Today's Market Seri Alam Masai lah.

cuba korang tengok, ada dua speaker wharfedale pro bapak punya besar dipasang betul-betul atas kedai aku. bukan dua speaker tu je yang ada. tapi ada lagi 4 speaker dipasang di atas dan dibawah pentas betul-betul bersebelahan dengan kedai aku. aku pun naik heran, ni pasaraya ke studio rakaman @ tapak konsert?

dah lah aku jual barangan muslim, kelengkapan haji, jamu dan kosmetik yang mana aku kena banyak melakukan komunikasi dengan pelanggan. kalau dah speaker besar dia letak atas kedai aku dan deejay bangang tu buka pulak sound kuat nak mampus, macam mana aku nak berkomunikasi? terpaksa aku kuatkan suara bila ada customer nak beli barang.kalau asyik menjerit je bila bercakap, hati aku boleh terbakar juga dibuatnya.

dj sam gigi rongak pekak badak

sebelum ni aku dah banyak kali cakap kat deejay sam (sameon gigi rongak) tu suruh kecikkan volume. tapi dia ni memang pekak badak agaknya. boleh dia cakap kat aku, "ni dah volume paling slow abang bukak". huh, aku dengar jawapan dia tu rasa macam nak sepak je muka dia. tapi aku sabar je lah sebab memang sia-sia tegur orang tak faham bahasa ni. si mangkuk deejay ni dah lah asyik cakap merepek meraban. entah apa yang dia cakap pun aku tak faham. syok sendiri tak sudah-sudah. tapi ucapan wajib dia sehari-hari, 1Malaysia memang dia tak pernah miss. setiap kali cakap, mesti ada ayat 1malaysia. lagilah makin terbakar hati aku mendengarnya. jadi memang sah lah deejay ni penyokong tegar kerajaan ubn 1malaysia najibun kepala botak. kalau dah namanya penyokong parti dan pemimpin hati hitam, memang bebal dan tak faham bahasa tu memang tak boleh nak dibuang lagi.

pentas today's yang macam celaka

pasal speaker ni, dua minggu lepas masa ada event tadika kat pentas sebelah kedai aku ni. time tu hati aku betul-betul terbakar. dah la event tu memekakkan telinga aku, pastu pengunjung yang datang pulak ramai sampai memblock kedai aku. jadi macam mana aku nak berniaga? sewa kalau free takpelah, ni sewa 6 ribu lebih sebulan. jadi aku memang dah tak boleh sabar lagi time tu sebab dah banyak kali pihak pengurusan buat macam ni. sekali dua aku boleh sabar lagi. bila dah berkali-kali, memang nak kena pelangkong jawabnya. jadi aku sound asst manager today's ni suruh pengunjung tak faham bahasa tu pergi tempat lain, jangan block kedai aku. korang tau apa asst manager, si amran kepala beruban tu cakap? dia cakap, kitorang dah tak boleh nak wat aper, kita dah suruh mereka bagi laluan tapi mereka tak nak beredar." aku yang hati panas terbakar jadi meletup dengar jawapan si amran tu. aku tanpa rasa sabar seperti biasa terus maki hamun si amran ni. peduli apa aku dia tu siapa. aku cakap, "apa kau cakap? dah tak boleh nak wat ape-ape? kepala hotak kau lah!! kalau kau cakap pakai mulut memanglah dorang tak dengar. kau suruh lah security makan gaji buta tu halau mereka-mereka ni. kau ingat aku tak bayar sewa ke ape? bodoh nak mampus!! "

pas aku sound dia tu, si amran kepala beruban tu macam tak puas hati kat aku. tapi aku peduli apa. aku bayar sewa. dia kuli je kat situ. jadi nak tak nak dia kena terima lah maki hamun aku tu. tak lama pastu, dia datang dengan security dalam 4 orang untuk halau pengunjung yang block kedai aku. si amran kepala beruban tu pulak terus jaga kat depan kedai aku sampai event tu habis. jadi takdelah nak block customer aku masuk ke kedai aku.

pas hari tu, setiap kali ada event, mesti dia atau security akan berkawal di depan kedai aku. sesiapa yang berdiri depan kedai aku, mesti kena halau. jadi maki hamun aku tu berhasil jugalah mengubah keadaan yang menyakitkan hati aku.

bukan si amran kepala beruban tu je yang kena maki hamun dengan aku, manager bangunan, si johnson tan kaki perempuan dan si sofian mangkuk hayun pun kena maki juga.. memang teruk aku maki diorang depan orang ramai. itulah akibatnya bila kesabaran aku selama ni diorang pijak-pijak. kan meletup juga akhirnya. aku ni memang jenis susah nak cakap baik-baik bila tengah marah. memang suara akan tinggi dan sumpah seranah yang keluar dari mulut aku. kalau diorang melawan, memang tangan aku pulak silap-silap melekat kat muka diorang. jangan diorang ingat aku ni muda, diorang nak perlekehkan aku. salah orang la mangkuk-mangkuk hati hitam!!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




8 comments:

sharamli said...

garang sgt....

mat skodengsaid...

betul tuh.. memang kepala hotak dorang berjambul.. kalau aku jadi ko, lagi terbakar hati aku agaknya..

saifulsaid...

dia saje nak nganjing ko tak? ko pecahkan aje speaker.. gi mampos la dgn muka dorg.. sewa mahal pulak tu. kalau aku yg berniaga, sewa mahal pastu memekak plak, ada yg terbang kaki aku ni..

suhaimisaid...

aku rasa dj tu pekak badak pasal gigi dia rongak. apa kata ko suruh dia pasang gigi palsu. mana tau pastu dia dah tak pekak lg. kalau pekak lg, ko bg buku lima je sebiji. setel!

balqissy said...

hurm. takut. semua emo.

nurulsaid...

bawa bersabar.. marah2 nanti cepat tua..

Anonymoussaid...

astaghfirullahalazim....sod.ba.ro..

Anonymoussaid...

hahahhaahhaha...
klakar pn ade..
gle grg...
bdw, mmg silap org 2 gak...

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise