Thursday, July 16, 2009

Sinar Pagi Bersama M Nasir

Konsert 1Wajah M.Nasir

pagi tadi macam biasa aku bangun dan terus buka sinar fm. pada aku sinar fm adalah stesen radio no 1 di malaysia buat masa ni. program-program di sinar fm memang menarik berbanding stesen radio lain. hot fm memang aku tak minat la. merepek saja dj disitu. memang patutlah ranking terbaru menunjukkan hot fm berada di no 3 selepas era fm dan sinar fm. apa yang hot pun aku tak tahu. hot kan hati aku ada lah.

yang aku nak cerita ni bukan pasal ranking stesen radio tapi mengenai sinar pagi di sinar fm pagi tadi. aku memang minat sangat dengan sinar pagi. antara dj KE (kak engku), SY (salleh yaacob) dan KRILL (khairil rashid), aku paling minat dengan KRILL. sejak dia di era fm dulu lagi aku memang minat dengan dia ni. sebab dia jugalah sebenarnya ranking sinar fm terutamanya sinar pagi melonjak naik. walaupun dia kurang bercakap tapi dia pandai memancing dj lain untuk buat lawak. bila SY dengan KE saja, sinar pagi jadi muram sebab keduanya tak ada modal nak dilawakkan. bila KRILL ada, memang tersenyum memanjang saja la dibuatnya.

tadi pagi, sedang aku bersiram, aku dengar tetamu jemputan adalah m.nasir. wow!! sifu aku tu. m.nasir hadir sebagai tetamu untuk tujuan promosi konsertnya iaitu Konsert 1Wajah M.Nasir yang akan berlangsung pada 25hb Julai ini di Stadium Negara. sebagai tujuan promosi, tadi adalah dibuat pertandingan menyanyikan lagu m.nasir - suatu masa. ada 3 peserta yang mengambil bahagian. peserta ke 3 yang akhirnya menang. siap dapat pujian lagi tu daripada m.nasir sendiri. tapi nasib baik aku tengah mandi pagi tadi. kalau aku sedang duduk-duduk melepak, nak juga aku call untuk nyanyi lagu tu. suara aku ni ada ala-ala m.nasir juga. bila nyanyi, m.nasir pun terkejut sebab suara 2x5 dengan dia. kiranya tadi rakyat malaysia tak ada rezeki la nak dengar suara aku berkumandang di sinar fm. hehe.

mengenai lagu suatu masa, memang lagu ni tangkap lentok habis. bila dengar dan hayati senikatanya, memang boleh buat kita khayal dan terkenang kisah percintaan masa lalu. lebih-lebih kepada sesiapa yang ada kisah cinta yang tak mampu dilupakan sehingga sekarang. memang makin teringatlah jawabnya. ^_*

jadi kalau nak dengar atau download lagu ni, aku sediakan ruangan khusus di bawah.



Lirik Lagu - M Nasir - Suatu Masa

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima


M Nasir - Suatu Masa

DOWNLOAD MP3 VIA MEDIAFIRE


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




7 comments:

sharamli said...

h0t fm xm0?

Dhada said...

Besh ek Sinar fm ?

soul krasty said...

sinar FM mmg aku layan..rock kapak!!..aku dh link blog ko..c u at pg..hehe..

fajridil adha said...

sharamli -->> say no to hot fm. ^_*

dhada -->> best. lg2 time pg2 n mlm2. mmg mantap

soul krasty -->> hehe. ko kat pg nnt xrindu merindu ke kat tunang tu. ^_*

soul krasty said...

skrg kn leh 3G..huahua..wpn aku sedar hp aku bkn 3G malah warne pn hitam putih..selagi nokia 1100 aku ade hayat slagi tu aku gne.

fajridil adha said...

adoi, aku ni pun xpenah guna 3G tu semua. ko masih pakai yg itam putih eh. xpe,tu tandanya ko seorg yg setia n xsuka mbazir. untung tunang ko dpt laki yg setia. beb, cikgu2 lain xde ke yg single? kenal2kan la utk aku plak.hehe

Anonymoussaid...

aku pong minat sinar f.m skang nh..layan giler..SY ngan KE tuh asyik gadoo jerk...KE tuh mmg anti skit kalo SY citer pasal Poligami..tuh yg bestnya laa...KRILL mmg layan...Anjaman PON bets gak..antara ayat2 yg aku ingat 'Pokcik Bawa Sireh Jo..'Sireh pon dia Sosah gak'!!!! huhuhu best kan..

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise