Wednesday, July 15, 2009

Nikah Mutaah,Haram !!



mengenai nikah mutaah (kahwin kontrak) yang hangat diberitakan di akhbar perdana hari ini. aku secara peribadi memang sedikit kecewa dengan tahap intelektual masyarakat Islam di Malaysia kebelakangan ini mengenai Islam. seperti yang diketahui, nikah mutaah ini diharamkan di dalam Islam. Orang yang bermazhab syiah saja yang menghalalkan nikah mutaah ni. rasanya sejak di bangku sekolah lagi dah diterangkan tentang perkara ini. tapi kenapa masih ramai yang seperti tak tahu langsung akan haramnya nikah mutaah ini. apakah kebanyakkan masyarakat Islam di malaysia ni terutamanya kaum hawa sudah hilang ingatan tentang Islam? hukum hakam yang mudah pun mereka tak tahu. apa nak jadi pun aku tak tahu.

syarat-syarat nikah mutaah menurut Islam seperti berikut
1. Mahar.
2. Ajal (tempoh).
3. Akad yang mengandungi ijab dan kabul dan ia sah dilakukan tanpa wali.
4. Perceraian selepas tamatnya tempoh.
5. Iddah
6. Sabitnya nasab (keturunan).
7. Tidak sabitnya pusaka di antara suami dan isteri jika ia tidak diisyaratkan.

sedih bila aku baca bahawa pihak Jakim terpaksa memberi penerangan kepada orang ramai dari semasa ke semasa melalui ceramah-ceramah dan di radio tentang perkara ini. nampak sangat masyarakat masih jahil akan perkara ni. walaupun menurut Jakim, sehingga kini masih belum ada aduan tentang kahwin mutaah di negara kita ini. tapi mengapa perkara ini dibangkitkan dan dihebahkan dari semasa ke semasa? sudah pasti kes ini sudah berlaku cuma tidak diadukan ke pihak Jakim sahaja. di malaysia ni biasalah, berita baik saja yang diberitahu, yang buruk-buruk semua disorok. kalau diberitahu, mesti ramai yang akan meragui fungsi Jakim.

umum diketahui, nikah mutaah ini biasanya dilakukan oleh pak arab yang datang ke sini. datang bercuti atau atas urusan perniagaan. orang kata, sambil menyelam,minum air. yang bangangnya, wanita-wanita dinegara kita ni pun mudah terpedaya dengan pujuk rayu pak arab ni. pantang pak arab ngurat sikit, terus cair. cair sampai nak berdiri pun dah tak larat. bukan pak arab saja, mat bangla dan pakistan jual karpet pun jadi tarikan wanita di malaysia ni. apa punya selera pun aku tak tahu la. memanglah jodoh pertemuan urusan tuhan, tapi biarlah yang terjamin dan meyakinkan sikit. jangan fikir SEDAP saja.

secara jelas dapat dilihat masyarakat islam di malaysia terutamanya muda belia sekarang ni kurang didikan agama. kerajaan pula buat bodoh saja tentang perkara ni. yang dirisaukan adalah bila pelajar-pelajar tak mampu kuasai bahasa inggeris. kan bangang namanya tu. abaikan agama, tapi utamakan bahasa inggeris. di media bukan main lagi mengatakan kerajaan memartabatkan agama islam, tapi apa benda yang dimartabatkan pun aku tak tahu. aku yakin, sekarang masih ramai yang tak pandai baca Al-Quran dan tak tahu solat. hanya Islam pada nama tapi jahil tentang agama. mungkin juga ada pak menteri yang turut jahil sama. sebab tu masalah ni makin membimbangkan.

aku harap pihak berkenaan segera mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk membendung masalah ini daripada terus melarat dari hari ke hari.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




7 comments:

sharamli said...

nak kawen?

fajridil adha said...

aah, nak kawin ngan awk. hehe ^_*

cik intanurulfateha said...

.x sbr mau kawen! heee

ezzati said...

mao jugak

fiza_sensei said...

citer kawen je ni.

missmysarasaid...

dier nie mmg xsabau nak kawen dah...

helena's said...

saya suke statement awak..

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise