Tuesday, June 23, 2009

Rindu Kekasih Lama

http://static.squidoo.com/resize/squidoo_images/-1/lens2433942_1236139794get_my_ex_boyfriend_back.jpg

aku ada terbaca di akhbar baru-baru ni yang mana seorang isteri bercerita mengenai CINTA. aku ni kadangkala seronok juga pasal cinta ni. ala-ala jiwang juga la bila datang mood jiwang tu. dalam kisah tu, isteri tersebut menyatakan bahawa walaupun sudah bersuami dan ada keluarga bahagia, namun jauh disudut hatinya masih merindukan bekas kekasih yang ditinggalkannya satu masa dulu. dah memang lumrah, hati seorang wanita ni lembut. sekeras atau selasak mana seorang wanita itu, hatinya tetap lembut. oleh sebab itu, peristiwa yang berkaitan dengan percintaan masa lalu sentiasa subur di fikiran seorang wanita. walaupun tidak ramai yang mengakui, tapi itu adalah hakikat. walaupun sudah ada keluarga yang bahagia, tidak semestinya batiniah seseorang itu turut sama bahagia. kadangkala, perkara-perkara begini lah yang membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kacau tak keruan. bila rasa rindu tu menjelma, diri rasa gelisah seolah-olah terasa seperti ingin sangat berjumpa dengan orang yang pernah bertahta dihatinya suatu masa dulu. rasa nak tatap matanya secara berdepan, lihat senyuman indah dan gelak tawanya yang menghiburkan hati dan lain-lain lagi lah. lelaki pun aku rasa ramai yang ada perasaan sebegitu.

berbalik kepada kisah seorang isteri tersebut, aku seakan-akan faham dengan situasi yang dialaminya. kesian juga kat isteri tu. rasa bersalah tu seperti tidak pernah hilang dalam dirinya. masakan tidak, kekasih yang ditinggalkan tanpa berita tersebut masih setia menunggunya. setia betul lelaki tersebut. masih menanti kekasih hatinya kembali. sanggup hidup sendiri tanpa terdetik perasaan untuk mencari pengganti. kalau aku yang jadi wanita tu, aku pun akan rasa bersalah teramat sangat. lebih-lebih lagi andai aku yang bersalah dalam hal tersebut. lagi la rasa berdosa besar diri ni. orang yang tak ada perasaan sahaja yang meremehkan perkara-perkara sebegini.

jadi disini ingin aku berpesan, janganlah sesekali kita melukakan hati seseorang yang benar-benar menyintai kita sepenuh hati. kelak ia memakan diri. janganlah terlalu mencari kesempurnaan kerana diri kita juga tidak sempurna. belajarlah menghargai kekasih hati kita kerana itu pengikat kasih sayang. janganlah hanya mengejar kepuasan diri sehingga mengabaikan kebajikan pasangan kita. biar orang menyakiti, asalkan bukan kita yang menyakiti. semoga kita semua dapat hidup bahagia aman damai dan kekal sejahtera.

jadi untuk selingan kepada cerita ni, aku harap korang dengarlah lagu gubahan rindu puisi syahdu. sedap gak lagu ni. tangkap lentok gak la. ^_* . selamat mendengar...



Lirik Lagu - Fauziah Latiff - Gubahan Rindu Puisi Syahdu

Hadir dirinya di antara kita
Membuai resah penekanan jiwa
Dikau berubah setelah ia tiba
Menghanyutkan cinta suci kita

Walaupun kini dikau tiada
Daku melangkah mengharunginya
Melepaskan dikau kekasih di jiwa
Semoga kau tetap berbahagia

Hati ini walaupun telah dilukai
Namun diri tabah jua menghadapi
Dikau pergi tinggalkan daku sendiri
Oh menyepi nan sebuah hati
Yang luka ini

Kasih dan sayang tetap bersemi
Ku meratapi sehingga kini
Cintai dirinya walau apa terjadi
Jangan kau hancuri cinta suci

Dengarlah sayang coretan hati
Gubahan rindu puisi shahdu
Senyuman tawamu masih ku rindu
Walau dikau telah lama pergi




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




10 comments:

SRISUFI said...

Salam awak..

cinta pertama memang sukar untuk dilupakan. Redha ajelah dia bukan utk kita. Sesekali terkenang tak mengapa...


apakah???

nora bahari said...

move on, itu yg penting.
past, its just a past. event its hurt.

=)

♥ Cik Ca said...

life must b gO on..
past is past..
terima dgn redha yg die bkn milik kte..
itu yg terbaik....
mgkin yg lebey baik menanti kamo0 dimase dpn...
cheer up oke...

Dhada said...

Betul tu ..
Hargailah org yg menyayangi & mencitai kita :)

Anonymoussaid...

namapun cinta pertama, takkan boleh lupa, harap2 ko lupakanla cinta pertama ko tu yg tak kesampaian tu bila dah ada pengganti nnti ye!
-wrx-

helena's said...

hargai apa yg ada depan mata..

tp memang suffer bile jadi camtu..saya sendiri penah rasa..tp redha je..jodoh bukan ditangan kite..

fajridil adha said...

srisufi -->> salam syg drku utkmu.hehe.. ni saje je citer2. xde tkenang kat sape2 pun. buat ape kenang seseorang yg xtkenangkan kita. buang boreh ajo. tul x?

nora bahari -->> mcm byk pgalaman je awk ni.hehe. penah putus cinta ke? ^_*

cik ca -->> wah,nampak gaya gadis2 di malaysia ni byk tul pgalaman dlm percintaan.hehe. mmg kena redha. tp nak meredhakan tu bkn senang. :)

dhada -->> betul tu. jd awk kena hargai sy tau.hehe ^_*

wrx -->> bukan cinta pertama yg susah nak dilupakan, tp cinta sejati yg xkesampaian. tu yg betul. aku ni relax je beb. org lain dah btukar ganti pasangan, aku tetap dok sorg2 kat kedai tercinta. hehe.

helena -->> wah, sedih gak baca kisah awk. sbbtu skrgni awk ala2 rock sket ek. mgkin tu cara awk nak lupakan kesedihan awk. tul x? ^_*. kalau sy, sedih ke marah ke apa2 ke, dok kedai je. :)

nard elainy said...

oooohhh..

sdihnya..nasib lom ada boifren.takleh nk tgal sape2..tp diri ni yg pnh dtnggalkan..uhuhu

Nurhayati said...

teramat seksa..=(

wawa pucca said...

saya baca..
dan saya nak pengsan !

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise