Tuesday, May 19, 2009

Larangan Solat Waktu Kerja,Wajarkah?




Pagi tadi selepas selesai aku buka kedai, aku cek la emel. Emel yang ni lain macam sikit. Ini mengenai staf muslim tidak dibenarkan solat di waktu kerja. Syarikat ni aku tak pasti pula dimana tempatnya.

Tapi secara peribadi, aku membantah sekeras-kerasnya tindakan menghalang staf muslim menunaikan kewajipan mereka. Ini satu penghinaan kepada kaum muslimin. Masa aku masih menuntut di pengajian tinggi dulu, pernah juga aku mendengar tentang perkara sebegini, tetapi aku tak sangka pula perkara tersebut masih berlaku sehingga kini.

Sekiranya benar emel yang aku terima pagi tadi, aku sangat berharap agar pihak berwajib dapat mengambil tindakan secepatnya dan menghebahkan kepada semua syarikat di Malaysia agar tiada mana-mana peraturan yang membolehkan mereka menghalang staf muslim mengerjakan solat di waktu kerja.

**NOTA : Aku juga ingin berpesan kepada seluruh staf muslim yang bekerja di luar sana. Anda semua janganlah ambil masa yang terlalu lama ketika mengerjakan solat di waktu kerja. Itu juga menjadi punca mengapa perkara-perkara sebegini terjadi. Ada yang mengambil kesempatan untuk buat kerja lain seperti tidur, melepak dll dengan memberi alasan mengerjakan solat. Malah ada yang tidak solat pun tapi sengaja memberi alasan ingin bersolat kerana ingin curi tulang. Jadi,sendiri mau ingatlah...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




7 comments:

cucu tok senik said...

kalau aku berada di tmpat mereka ni, aku mungkin bagi alasan nak gi tandas.

Anonymoussaid...

bru aku nk tulis pasal staf curi tulang ko dh buat nota lak.. mmg ada lagi kompeni yg buat law mcm nie.. atas sebab apa tu kena tnya mngement la kan,, maybe sbb diorg anti islam or sbb curi tulang tadi. tau jer la kompeni2 bsr nie ramai tokey2 dia bkn islam kan.. so paham2 jer lah
-wrx-

sharamli said...

ad jgk erk mcm ni.....

Dhada said...

Iskk itu saja nak menindas staf muslim .

fajridil adha said...

cucu tok senik -->> tul tu. aku pun akan wat mcmtu..

wrx -->> org bkn Islam ni selalunya beradab gak. tp bila org2 kita ni selalu wat taik, diorg pun jd angin la. tp mmg xpatutla nak halang org bsolat.

sharamli -->> ada,apa yg xde,semua ada kat negara 1 Malaysia ni..hehe

dhada -->> yg bangangnya org muslim ni juga. nape bg lesen sykt tu beroperasi kat malaysia ni. sape yg btanggungjawab?

dBa said...

sy rasa mmg wajar merka berenti~`
heehee

DrSam said...

pilihan ditangan pekerja muslim. Tiada pilihan lain, jika jalan rundingan sudah buntu - cari majikan baru atau kerja lain. Agama bukan untuk dijualbeli atau diperkotak-katikkan.

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise