Wednesday, February 18, 2009

Gambar bogel Elizabeth Wong?

Minggu ini politik negara gempar lagi. Kali ini berkenaan gambar bogel Elizabeth Wong, adun PKR yang kini tersebar luas di internet. Sejak kebelakangan ini aku agak kecewa dengan scenario politik di Malaysia ini. Kerana apa? Ini kerana ada sebelah pihak yang seperti sudah tidak ada idea lagi untuk memenangi hati rakyat. Jadi jalan termudah untuk meraih sokongan rakyat adalah dengan memburukkan pihak lawannya ada dengan cara apapun. Contohnya seperti menyiarkan gambar-gambar peribadi Elizabeth Wong ini. Gambar-gambar tersebut mungkin diperoleh dengan taktik kotor.

Sepatutnya perkara-perkara sebegini tidak wajar digunakan kerana ia secara langsung akan mengaibkan maruah seseorang. Cuba kita fikirkan, apa perasaan dan reaksi kita seandainya kita yang berada di tempat Elizabeth Wong itu? Tentu sekali sukar untuk dibayangkan bukan. Orang yang tiada perasaan sahaja yang tidak kisah jika perkara tersebut berlaku ke atas dirinya.

Untuk memenangi hati rakyat, janganlah kita meniru taktik-taktik kotor seperti yang dilakukan dinegara barat. Cara seperti ini sebenarnya bukan berjaya meningkatkan sokongan malah akan menyebabkan rakyat bertambah benci dan meluat kerana ia menampakkan lagi kebodohan pihak yang berhati busuk itu. Rakyat sekarang ini sudah cerdik dan tidak mudah digula-gulakan lagi seperti dulu. Jadi sewajarnya taktik-taktik busuk sebegini tidak lagi dilakukan pada masa hadapan. Bertindaklah secara positif, bukan negatif.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




2 comments:

lynnd said...

Kenapa mesti salahkn pihak tertentu? Siapa kah pihak 'tertentu' ittew? *wink*

kak lynn

fajridil adha said...

pihak tertentu iteww adalah...
jeng jeng jeng..hehe..(biarlah rahsia) ^_^

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise