Thursday, September 18, 2008

Lelaki, bila ditolak cintanya...



Lain lelaki, lain pula caranya mengubati hati yang terluka bila cintanya ditolak. Biasanya lelaki akan memilih cara-cara seperti berikut ketika ditinggalkan kekasih atau ungkapan cintanya ditolak..

Terus Berkawan

Walaupun hancur hatinya dan ditimpa kekecewaan yang amat berat untuk dilalui kerana cintanya ditolak, untuk menunjukkan bahawa dia seperti tak sakit hati, sebahagian daripada lelaki memilih untuk terus berkawan seperti biasa. Ia akan menganggap cintanya yang tak diterima itu seperti tak pernah berlaku. Seperti kawan baik yang lain, ia mungkin masih sudi untuk menemankan anda pergi tengok wayang atau lepak-lepak di kedai mamak atau mungkin juga menjemput anda balik kerja bila diperlukan. Namun lelaki berjiwa besar seperti ini amatlah jarang untuk dijumpai..



Menjarakkan Diri

Biasanya dia akan segera datang bila anda memerlukannya. Tetapi sejak ditolak cintanya itu, ia seperti menjarakkan dirinya. Jka tidak penting, ia tak akan menghubungi anda. Kalau bercakap pun, ala kadar sahaja. Harap maklumlah kan, ia terpaksa berbuat begitu untuk mengubat hatinya. Ia tak boleh bersembang panjang dengan anda kerana ia akan teringat kembali pada peristiwa ditolak cintanya dulu.



Bertukar Jadi Benci

Lawan dari cinta itu adalah benci. Anda jangan terkejut setelah anda tolak cintanya, sikap dan layanannya terhadap anda berubah mendadak. Bila melihat anda, ia seperti melihat musuh. Ia berubah menjadi benci sebenci-bencinya. Itu adalah kerana sebahagian daripada proses mententeramkan jiwanya yang amat kecewa luka lara..



Mencari Perempuan Lain

Gugur satu, tumbuh beribu. Inilah antara prinsip yang biasa lelaki guna. Bila anda tolak cintanya, bukan bererti semua perempuan turut sama menolak cintanya. Dia akan berpaling kepada perempuan lain. Dia akan memasang azam dihatinya bahawa dia akan mendapatkan perempuan yang jauh lebih bagus dari anda.



Pantang Menyerah

Hari ini anda tolak cintanya, lain hari mungkin anda berubah hati dan sudi terima cintanya. Ia merasakan anda perlu waktu untuk memikirkannya. Dia akan setia menunggu sekaligus menukar strateginya untuk menambat hati anda..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




3 comments:

Princessa said...

biasenya lelaki akn jd benci ngn xgf..nk cr yg berjiwa besar ni pyh skit..mmg xde ntah2..melainkan die da dpt pganti yg lgi cun or lg baeeq dr xgfnyer..

safuansaid...

kalau dah ditolak cinta kita, usah tunggu lagi. lincah je carik yang lain. patah tumbuh silih berganti.cewah..

Anonymoussaid...

org laki2 ni kalo dah putus mesti nak blas blk,lg2 la kalo pompuan yg mintak putus..tu yg nak carik lg cun,cantik,seksi dr yg lame..hehe.tp xsume laki2 kot

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise