Friday, September 12, 2008

ego didalam hatimu...


Ketaksubanmu mengejar kebahagiaan telah merubah segala
Ketidaksyukuranmu telah melukai hati yang mencinta
Kebahagiaan yang kau cari tak mungkin kan kau terima
Selagi tidak kau ubat hati yang terluka.

Kau lenyapkan cinta sejatiku dalam hatimu
Kerna kau serahkan cintamu pada jiwa yang lain
Takkan pernah kan kau peroleh lagi cinta yang sejati
Setelah kau robek-robekkan nikmat cinta yang diberi Ilahi.

Ku bukan tuhan untuk merubah takdir
Tiada ku berkuasa tuk menjatuhkan hukuman
Namun ku percaya pada hukum karma
Yang baik kan peroleh bahagia,yang kejam malapetaka lah akibatnya.

Engkau masih merasakan tindakanmu itu sebagai tindakan yang terpuji
Kau adukan kisahmu pada yang tak mengerti
Dan mereka pun menyokong segala tindakanmu
Walaupun pada hakikatnya,kesilapan yang mereka menangkan.

Sememangnya merana diri ini bila kau tinggalkanku
Dari sebuah cahaya yang terang berubah menjadi gelap gelita
Jika cara itu yang membuatmu gembira bahagia
Tiada mampu untuk ku mengulas apa-apa.

Mungkin kelancangan ku berkata-kata mengguris hatimu
Tapi kekejaman dirimu melukakan banyak jiwa
Pohon keampunan jauh sekali tuk kau lakukan
Seperti segala yang terjadi diriku lah puncanya.

Sehingga kini engkau enggan mengalah
Kononnya memegang prinsip didalam diri
Sebenarnya itulah tanda tingginya ego didalam hatimu
Sehingga enggan perbetulkan kesilapan yang telah kau lakukan..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




10 comments:

chuniesaid...

hm..kisah cinta abg mcm ni ke..?.kenapa dgn pmpuan tu...kecian kat abg kn diperlakukn mcm tu...bila baca ni..rasa2nya..ia dtg jauh dr dlm hati abg..betul x..??

Princessa said...

sakit juga hti bile dpt gf cmnie..tp lg sakit hati bile bf sndiri cmtu..muhahahahaa..

anak_bulansaid...

ego tu memang sukar nak ditewaskan..semakin tinggi ego seseorang maknanya semakin sukar untuk dia nilai mana yang baik dan mana yang buruk..dari segi pandangan matanya,dia lah yang betul walaupun pada hakikatnya dia lah yang bersalah..renung2kanlah.
-anak bulan-

seri_manjersaid...

orang yang melukakan selalunya memang tak menyedari tindakannya itu bakal menimpa dirinya kembali satu hari nanti.malah berkali ganda lebih perit dari apa yang dirasakan orang yang dilukakannya dulu.harapnya janganlah sampai kita melukakan hati orang lain.jika pernah,mintalah ampun dan bertaubatlah.sekian..

zulaikha86said...

saya setuju dengan kata-kata abg,orang yang bersalah amat sukar untuk meminta maaf.seperti jatuh maruahnya jika meminta maaf.

Anonymoussaid...

wah.. nukilan yg hebat..
manusia nie, pelbagai rupa dan jgk perangai..
biasalah tue..
from:chesue

missmysarasaid...

huhu..luahan ati nih ader sambungannyer rupanyer...

Anonymoussaid...

biasalh....hidup nie mmang penuh dgn dgaan.kita sama senasib...tp kita kna tabah wlupn hati kita terluka.tp ckplah skdr dia yang maha mengetahui apa yg kita rasa

yattsaid...

nape sume cite kecewa awk ni same dgn sy eh..meleleh air mata tau.. sedih sgt2..Ya Allah apa yg harus aku lakukan..

Cawan warna-warni said...

sama dengan cerita saya..tapi masalah timbul bila kekasih lama kembali.Hati jadi keliru.Sayang pada kekasih lama yang seperti dah sebati dalam jiwa xmampu ditinggalakn..terpaksa melukakan hati sidia dan kembali pada yang lama...perasaan bersalah,rindu pada dia kadang ,menjelma xtertahan..tapi itu yang telah dipilih..akan dipertahankan...

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise